"MAMAT tu nak apa dengan kau siang tadi?" Soal Sofea seraya menghulurkan secawan milo panas kepada Tiara yang sedang menonton televisyen di ruang tamu ketika itu.
"Takde apalah. Cakap pasal kerja je
Dia nak buat tempahan dengan kita" bohong Tiara.Dan riaksi Sofea pula sedang mengesyaki sesuatu. Yeke cakap pasal kerja? Ke, cakap pasal masa depan. Eh? Apa-apa jelah.
"Dia ada tanya soalan yang pelik-pelik tak dekat kau?"
Tiara pandang Sofea sekilas.
"Tak ada lah pulak. Asal?" Tanya Tiara kembali.
"Eh, tak ada apalah. Saje je tanya. Hehe.." kekok Sofea menjawab.
"Aku masuk tidur dulu lah eh? Thanks untuk milo ni" Tiara bangkit dari sofa. Cawan diletakkan saja di atas meja makan. Mesti si Sofea yang terlebih rajin tu akan basuh cawannya tu nanti.
"Okey" balas Sofea.
Matanya tidak lepas daripada memandang Tiara sehinggalah Tiara masuk ke dalam biliknya. Nafas lega dilepaskan.
Selamat! Kalau buatnya mamat tu tanya soalan yang bukan-bukan dekat Tiara, nanti aku pulak yang disoalnya Tiara tak henti-henti. Biarlah Tiara tak tau. Itu lebih baik.
Tapi, sampai bila?
■■
MATA yang baru sahaja ingin dilelapkan terbuka semula. Tiara merengus halus.
Tangan dibawa ke meja lampu sebelah katil. Telefon bimbit diambil. Unknown. Dahi Tiara berkerut.
Siapa pulak ni? Tengah-tengah malam macam ni nak call. Tak boleh nak tunggu esok ke?
Tak lama itu, deringan pada telefonnya terhenti. Tiara meletakkan semula teletonnya di atas meja. Baru sahaja kepalanya mahu mendarat di atas bantal, sekali lagi telefonnya berdering. Nombor yang sama lagi.
Tiara angkat panggilan itu.
"Helo?" Sapa Tiara.
"Ingatkan tak nak angkat tadi" balas suara garau itu.
"Siapa ni?"
"Lelaki yang dah rampas handphone kau masa dekat kafe petang tadi"
Serta-merta Tiara duduk dan bersandar dipenghadang katil. Lelaki ni rupanya. Oh, yelah. Dia lah mamat biadap tu. Mata Tiara melirik ke atas.
Baru Tiara ingat. Mestilah Aariz dah ada nombor dia. Sebab Aariz suka-suka je ambik phone Tiara. Mesti dah ada nombor telefon Tiara punya.
"Encik nak apa ya call saya malam-malam macam ni? Kalau nak cakap soal kerja, kan saya dah suruh call Sofea saja. Bukannya saya"bagitau Tiara.
"Suka hati aku lah nak call siapa pun. Bukannya aku pakai phone kau pun kan?"
Tiara merengus geram.
"Apa masalah awak sebenarnya ni? Saya tak faham lah. Awak memang sengaja nak kacau saya ke apa? Kalau tak ada benda penting yang nak dibincangkan saya anggap awak just nak menganggu hidup saya. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat report pasal ni!" Tegas Tiara berbicara dengan satu nafas. Geram pun ada.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Любовные романы"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...