BAB 48

5.3K 328 33
                                    

KLAK!

Pintu bilik itu dibuka luas. Bunyi yang dihasilkan oleh pintu yang terbuka itu amat menyeramkan selali bunyinya. Lampu bilik dipasang. Bilik yang tadinya gelap gelita, kini terang benderang.

Laura menapak masuk dengan membawa aura dinginnya bersama. Dibelakangnya ada Zayn, Qhir dan Daus yang setia menemani dirinya ketika itu.

Lelaki awal 50-an yang terbaring lemah di dalam bilik itu membuka matanya sedikit. Laura bergerak menghampiri. Dia bertinggung dihadapan lelaki tua itu.

"Hei, bapak..."

Laura senyum mengejek melihat keadaan Azman yang tidak ubah seperti bangkai hidup itu. Mana tidaknya, sudah hampir 8 bulan Azman dikurung di situ. Dia hanya diberi maka  sehari sekali sahaja. Begitu juga dengan mandi. Tetapi, dia hanya memakai pakaian yang sama sahaja sepanjang tempoh masa dia dikurung di dalam bilik itu.

"Ti.. Tiara.. ay.. ayah nak air.."

Rayu Azman sayu. Laura melirik matanya ke atas. Dia bangun berdiri semula dan menjauhi Azman.

"Bagi dia air. Kesian orang tua ni. Dia haus.."

Ejek Laura.

Dushh!!

Satu baldi air disimbah pada Azman oleh Daus. Laura ketawa geli hati. Tercungap-cungap Azman dibuatnya. Sisa air yang mengalir melalui lekuk-lekuk wajahnya itu disedut agar boleh masuk ke dalam mulutnya.

Hanya beberapa titik sahaja yang mengalir masuk. Tekak Azman masih lagi kering.

"Erghh..."

Azman cuba untuk bangun. Tetapi, Laura lebih pantas menendang rahang Azman sehingga terbaring semula lelaki tua itu di atas lantai.

Aaarrghhh... jangan Tiara. Sakit..."

"Sakit? Heh!"

Laura mengambil tali pinggang yang dihulurkan oleh Qhir kepadanya.

Zap! Zap! Zap!

Tanpa sebarang amaran dan belas kasihan, Laura melibas tubuh Azman tanpa henti. Jeritan dan raungan Azman tidak dihiraukan.

Laura terus melibas tanpa henti.

"Ini apa yang sepatutnya kau terima, Azman! Macam ni lah yang kau pernah buat dekat kita orang dulu!! Kau patut terima!!"

Zap! Zap!

Selepas dilibas, Laura menampar muka Azman berulang kali dan menumbuk perut Azman secara bertubi-tubi.

Kenangan pahit 15 tahun dulu, kembali menerjah fikiran Laura. Laura terdengar suara tangisan Tiara daripada dalam kepalanya.

"Cukup Laura.."

Kata Tiara sayu.

"Diam! Kau jangan masuk campur! Ini urusan aku dengan dia. Biar aku je yang selesaikan sendiri dengan tangan aku harini. Arrghh!!"

Kepala Azman dihentak-hentak ke atas lantai. Laura bertindak gila dengan memijak Azman sehingga Azman terkulai layu dan lembik.

"Kau patut mati!!!"

15 TAHUN LALU...

"Tiara! Mari sini aku kata! Kau nak lari mana hah?!!"

Azman mengejar Tiara sehingga ke bilik anak gadisnya itu.

Tiara sudah menggigil seluruh badan. Dia baru berusia 7 tahu ketika itu. Namun keperitan hidupnya tiada sesiapa yang tahu.

Memiliki seorang ayah yang panas baran dan bengis membuatkan Tiara hidup bagaikan di dalam neraka. Hanya disebabkan kesalahan kecil sahaja pun dia boleh dipukul dengan teruk sekali.

Precious WifeWhere stories live. Discover now