"HEI, sayang.."
Ujar Aariz seraya memeluk Tiara daripada belakang dengan eratnya. Tiara yang sedang menyusun baju-baju dia dan juga Aariz yang sudah dipat itu ke dalam laci almari baju terkejut teruk.
Dadanya diurut.
"Awak... Terkejut saya tau! Bagi lah salam ke apa dulu. Ini main peluk je tiba-tiba. Nasib baik saya tak ada sakit jantung. Kalau tak, haaa.. Mati kejung saya dibuatnya dekat sini." Bebel Tiara.
Tiara menyiku perut Aariz dengan kuat. Sikit pun Aariz tidak kisah. Diciumnya leher dan tengkuk Tiara tanpa henti. Sungguh dia rindukan isteri kesayangannya itu.
Kelakuan Aariz membuatkan Tiara tidak selesa.
"Awak kenapa ni? Dah lah tu. Saya tak selesa lah. Tepi sikit. Nak susun baju-baju ni ha." Ujar Tiara sambil tangannya cuba untuk merungkai pelukan Aariz. Tetapi gagal.
"Jom." Ajak Aariz tiba-tiba.
"Pergi mana pulak? Saya tak habis buat kerja lagi ni."
"Sambung nanti jelah."
Aariz menarik-narik tangan Tiara untuk mengikutinya.
"Jap lah. Nak habiskan satu ni lagi."
"Hm."
Terpaksa lah Aariz tunggu juga. Tiara punya perangai boleh taham degil juga.
"Okey, jom!"
Tiara merangkul lengan Aariz. Mereka berdua keluar daripada walk in wardrobe lalu menuju ke katil dan duduk di atasnya.
"Awak ada nak cakap apa-apa ke dengan saya?"
Tiara memulakan perbualan. Aariz merangkul kedua belah tangan Tiara. Mereka berpandangan.
"Aku nak kau berhenti kerja dan duduk je dekat rumah. Aku nak kau jadi suri rumah sepenuh masa untuk aku."
Aariz menyatakan hasratnya itu. Sejujurnya, itulah apa yang ingin dia lalukan setelah berkahwin dengan Tiara. Dia mahu Tiara sentiasa ada di rumah dan di sisinya.
Tiara diam sejenak. Dia menggeleng tidak percaya.
"Awak. Saya bukannya kerja makan gaji. Saya tuan punya kafe tu. Lagi pun staff saya tu semua bukannya orang senang. Mereka berkerja untuk carik duit poket. Dah lah nak carik kerja sekarang ni sikit punya susah tau. Lagipun diorang dah selesa kerja dekat situ. Saya pun. Dah 2 tahun saya bukak kafe tu, awak. Takkan nak tutup kot? Sayang lah. Saya buka atas usaha diri saya sendiri tau.."
Tiara menyuarakan pendapat dan isi hatinya sedikit kepada Aariz. Berharap yang suaminya itu akan faham akan situasinya itu.
"Suruh jelah Sofea dengan Lea yang take over kafe tu. Kau bayar je gaji diorang macam biasa. Kalau susah sangat biar aku je yang tolong bayarkan. Nak naikkan gaji staff kau pun aku boleh buat."
"Tapi, awak.."
"Aku tak suruh pun kau tutup kafe tu, sayang. Aku nak kau selalu ada dekat dalam rumah ni je. Takpayah kelam-kabut nak masuk kafe bagai. Kerja dari rumah je. Ada hal penting baru pergi sana. Kalau kau nak keluar aku izinkan. Tapi, kena inform aku dulu. Dah! Kau jangan ingkar arahan aku lagi. Aku nak kau bincang elok-elok dengan Sofea dan Lea pasal ni. Kalau diorang tak boleh buat, biar aku je yang carik pengganti lain nanti. Faham?"
Tegas Aariz memberikan arahan kepada Tiara. Lagaknya seperti seorang ketua yang sedang memberikan arahan tugas kepada pekerjanya.Tiara mengalah akhirnya.
"Saya faham, awak."
"Good wife." Aariz membelai lembut rambut Tiara.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romantik"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...