BAB 56

5.1K 361 45
                                    

AARIZ merenung ke luar jendela. Renungan yang dulunya berisi dengan wajah isteri serta anak-anaknya itu kini sudah bertukar dengan renungan yang kosong.

Dia kelihatan murung dan sedih. Setiap malam tidurnya tak lena. Makan, apatah lagi. Masuk sesuap dua, terus hilang selera. Badan yang dulunya tegap berisi kini berubah susut. Kumis mulai tumbuh dengan liar di wajah tampannya. Mata pula, bengkak dan lebam sahaja. Tidur yang tidak cukup, disertai dengan tangisan sayunya setiap malam.

Bunyi ketukan di luar pintu bilik tidak langsung Aariz endahkan. Dia hanya terus terusan termenung sahaja.

Pintu bilik akhirnya dibuka oleh seseorang tanpa dipelawa. Amsyar mengeluh melihat keadaan abangnya itu. Mental dan emosi Aariz begitu tertekan dan berkecamuk selama dua bulan ini.

Ya, sudah dua bulan Tiara menghilang bersama anak-anaknya. Apalah khabar mereka semua itu. Dan sepanjang dua bulan itu juga Aariz tidak seperti manusia normal yang lain.

Kehidupan sehariannya hanya diisi dengan termenung dan menangis. Bila disuruh solat, Aariz hanya berdiam diri sahaja.

"Aariz.." bahu Aariz ditepuk lembut oleh Amsyar. Dia duduk disisi abangnya itu.

"Tadi polis datang. Diorang cakap, Tiara masih gagal mereka kesan. Betul-betul last location Tiara adalah jalan nak menuju ke selatan. Lepastu, dia hilang macamtu je. Sampai sekarang tak ada jawapannya. Diorang cakap, Tiara mungkin tak jauh sangat daripada sini. Nanti kalau ada apa-apa update baru diorang akan informkan dekat kita."

Aariz hanya membisu.

Kes tentang kehilangan Tiara telah menjadi kes tertutup atas arahan tegas Aariz. Ianya dijaga rapi oleh pihak-pihak yang tertentu. Aariz bukan sembarang orang. Jika berita ini sampai ke pihak media, mati akal dia mahu menjawabnya. Dia tidak mahu kecoh-kecoh. Takut nanti, akan ada yang mengambil kesempatan pula di atas keresahan dan kesusahannya ketika ini.

Bukan setakat polis, penyiasat luar dan orang-orang suruhannya juga diarahkan untuk berkerjasama dalam usaha mencari Tiara. Tetapi, jawapan mereka semuanya sama. Masih belum ada sebarang jawapan yang positif.

Namun apakan daya, sehingga kini mereka masih lagi tidak dapat mengesan keberadaan Tiara. Entah dah makan ke belum isteri dan anak-anaknya itu. Dimana mereka tinggal. Aariz tidak tahu khabar mereka. Senyap sepi begitu sahaja.

Mati ataupun hidup. Tidak mahu Aariz sentuh. Yang dia pasti dan yakin, Tiara dan anak-anak mereka masih hidup dengan selamat dan baik-baik sahaja.

"Nak makan tak?"

Tanya Amsyar lembut. Aariz masih lagi seperti tadi. Susah betul nak dengar suara Aariz sekarang ni.

Amsyar perasan satu benda lagi. Sejak Tiara dan triplets hilang, satu frame gambar sering duduk ditangan Aariz. Gambar itu adalah Aariz bersama Tiara dengan anak-anak mereka.

Frame itu jugalah yang sentiasa dipeluk dan dicium oleh Aariz selalu. Sampaikan nak tidur pun frame itu juga yang didakapnya erat.

"Aku turun bawah kejap nak tengok Razin dengan Rania dekat dapur. Entah apalah yang tengah jadi dekat sana tu. Takut terbakar pulak dapur kau tu nanti diorang buat. Kejap lagi aku suruh Rania hantarkan makanan dekat kau, ya?"

Amsyar memaut bahu Aariz dan menepuk berulang kali sebagai penyalur semangat.

Bukannya Amsyar tidak mahu luangkan masa lebih bersama Aariz. Dia tahu abangnya itu sedang bersedih dan lebih mahukan masa bersendirian. Dia mahu memberikan Aariz waktu untuk dirinya sendiri.

Tipulah jika Amsyar tidak risau mahu meninggalkan Aariz dalam keadaan begitu. Sebab itulah dia selalu menjenguk Aariz di dalam bilik. Puas juga dia mahu memujuk agar Aariz keluar daripada biliknya itu. Bila dah berjaya, sekejap sahaja Aariz sudah lari masuk ke dalam biliknya semula.

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang