TOK! TOK!
"Masuk jelah. Pintu tak kunci pun" ujar Aariz kepada gerangan di luar pintu biliknya itu dari dalam biliknya.
Mata Aariz beralih ke muka pintu bilik setelah ianya dibuka. Senyuman manis diberikan kepada ibunya. Rose.
"Boleh ke ibu nak masuk ni?" Tanya Rose meminta izin. Takut mengganggu pula nanti.
"Apa tak bolehnya pula bu? Ibu ni.."
"Manalah tau ibu kacau Aariz ke"
"Tak adalah. Aariz okey je" kata Aariz.
Rose duduk di birai katil anak terunanya itu. Aariz mendekati Rose lalu duduk bersila. Dagu ibunya dicuit sedikit.
"Kenapa ibu ni, hah? Senyum, senyum.. Daripada tadi. Fikir apa?" Soal Aariz.
"Takde apalah. Awak tu lah. Daripada petang tadi ibu tengok asyik termenung je kerjanya. Dah kenapa? Angau?" Sakat Rose.
Aariz ketawa. Dia pun tak tau. Dia asyik terfikirkan tentang Tiara sahaja. Gadis misteri yang hanya beberapa kali dia jumpainya itu. Seakan-akan wajah Tiara sering menerjah pandangannya saja.
"Apalah ibu ni. Angau apa bendanya. Nak angau kat sapa? Kalau kat ibu yelah kot. Ibu kan satu-satunya perempuan delat dalam hati Aariz"
"Eleh, banyak lah awak punya hati tu. Mengada je lebih"
"Betul lah.." kata Aariz meleret.
Dua-dua diam. Dan dua-dua termenung. Sedar akan itu, Aariz menampar lembut peha Rose. Keningnya diangkat tinggi sebagai tanda tanya kenapa.
"Bila ibu boleh timang cucu?"
Uhuk! Tersedak terus Aariz apabila Rose cakap begitu. Rose ketawa suka. Pasti dia akan dapat jawapan yang sama lagi.
"Calon isteri pun tak ada mana nak datang cucunya ibu oii...?"
"Cari lah"
"Aariz bukan tak nak ibu. Aariz tak ready lagi lah. Tak rasa nak kahwin lagi. Aariz harap sangat yang ibu faham"
Dah agak dah! Memang jawapan yang sama punya dia bagi. Hai lah, Aariz.
"Sampai bila?" Soal Rose lembut.
Dia bukannya nak memaksa. Dia cuma rasakan yang Aariz sudah patut mendirikan rumah tangganya. Biarlah isterinya pula yang menjaga pakai dan minum Aariz selepas ini.
Dia pun bukannya makin lama makin muda. Dia mahu berkesempatan juga melihat kesemua anak-anaknya bahagia sebelum dia menutup mata.
"Senang cerita, ibu suruh je Amsyar yang kahwin dulu. Okey kan?" Cadang Aariz.
Rose ketawa lagi. Belakang badan anaknya ditampar kuat. Aariz mengaduh sakit. Perit wey.
"Awak berdua ni sama jelah. Sudah lah!"
Rose berdiri dan bergerak ke pintu bilik semula. Merajuk ke?
"Nak pergi mana? Soal Aariz.
"Masuk bilik. Ayah awak dah masuk bilik dah tu. Nanti kalau dia tak nampak ibu dalam bilik karang mula lah dia nak meroyan tak tentu pasal. Macam lah awak tak kenal perangai ayah awak tu macam mana kan?" Sindir Rose bertubi.
Aariz tersengih. Hei, sweetnya lah ibu dengan ayah aku ni. Aku nak juga. Hmm..
"Okey. Eh, ibu!" Jerit Aariz kuat memanggil ibunya.
Rose mengurut dadanya. Nasib tak melatah atau kena serangan jantung. Bertuah punya anak.
"Apa dia?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...