BAB 83

4.3K 263 33
                                    

AZMAN masih lagi menyibukkan dirinya dengan membaca ayat suci Al-Quran dan zikir. Bibirnya tidak henti-henti menyebut nama ALLAH yang Maha Besar.

10 tahun dia duduk di dalam penjara, sudah 100 kali dia khatam Al-Quran. Setiap harinya dipenuhi dengan aktiviti bertemu dengan sang PencitaNYA. Kadang itu, akan datang juga ustaz-ustaz luar sebagai jemputan untuk memberi ceramah agama dan motivasi kepada semua banduan yang ada termasuklah banduan akhir seperti dirinya.

MASHA ALLAH. Lihatlah bagaimana perjalanan akhir seorang banduan akhir seperti Azman. Adakah kita juga mampu melakukan semua itu?

Setiap saat, jam, hari, minggu dan bulan, hidupnya ditemani juga dengan air mata bagi menangisi kesilapannya pada masa lalu dan rindu terhadap orang tersayang. Doa dan taubat tidak henti dilakukan. Tahu dirinya banyak melakukan dosa. Hanya taubat kepada ALLAH swt sajalah yang mampu dilakukan.

Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Penerima Taubat dan sentiasa memaafkan kesilapan dan dosa yang dilakukan oleh hamba-hambaNYA jika hamba-hambaNYA itu bersungguh-sungguh bertaubat kepadaNYA dan menyesali serta meninggalkan perkara-perkara yang mungkar dan dosa.

Azman tahu hari ini adalah hari terakhir dia di dalam dunia ini. Sekejap saja lagi, malaikat maut akan datang untuk mencabut nyawanya. Tetapi, sekurang-kurangnya, dia tahu bila dia akan mati. Bagaimana pula dengan kita? Adakah masih leka dengan duniawi mahupun sebaliknya?

Segala persiapan amal ibadah Azman, sehabis boleh dan sebaik mungkin cuba dicukupkan untuk bekalannya di akhirat kelak. Disaat nyawa yang masih bersisa inilah dia harus manfaatkan sebaik-baiknya.

Seorang banduan akhir itu, boleh jadi cara kematiaannya itu lebih baik daripada kita. 'Pemergian' mereka itu seolah-olah sungguh diredhai. Ada juga yang wajah mereka berseri dan tenang sahaja. Malah, ada juga peristiwa di mana semasa hendak memandikan jenazah banduan akhir, mayat mereka itu berbau wangi sahaja.

Maka, tidak layak sekali untuk kita memandang serong pada cara kematian mereka itu. Adakah jika saat kematian kita nanti akan baik juga seperti itu? Semua itu, berbalik pada diri kita sendiri. Kita yang menentukan semua itu.

Janganlah kita melihat permulaan hidup seseorang itu, tetapi lihatlah disaat-saat akhir kematiannya. Kerana disitulah, kita dapat melihat adalah pengalhiran seseorang itu baik atau tidak dan diredhai oleh ALLAH swt ataupun tidak.

Tidak ada lagi difikiran Azman untuk memikirkan soal dunia kecuali saham dunia akhiratnya iaitu Tiara. Satu-satunya anaknya yang tinggal. Waris keturunan yang dia ada sekarang ini.

Setiap malam juga dia akan menyebut nama Tiara dan tidak sabar mahu berjumpa anaknya itu dan memohan keampunan di atas dosa silamnya terhadap anaknya itu.

Azan subuh berkumandang. Badan Azman terasa menggigil sejuk dan resah. Digagahkan juga dirinya untuk menunaikan solat Subuh di awal waktu. Waktu berjalan dengan rentaknya tanpa mengundur lagi.

"Allahu Akbar..."

AARIZ memeluk Tiara daripada belakang. Tiara tersentak. Namun, dia hanya diam sahaja tanpa ingin membalas apa-apa.

Aariz tahu, Tiara pasti memikirkan tentang Azman. Kerana hari ini adalah hari dimana Azman akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh pihak Jabatan Penjara setelah Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Azman didapati bersalah. Rayuan pengampunan kesalahan Azman dilakukan juga turut dikemukakan kepada Yang Dipertua Agong dan hukuman gantung sampai mati itu dikekalkan.

Azman bukan sahaja didapati bersalah kerana telah membunuh isteri dan anak-anaknya dengan niat, tetapi juga terlibat dalam penyeludupan dadah dan pemilikan senjata api secara haram. Kesnya sungguh berat sekali.

"Dah ready, hm? Kita dah kena gerak dah ni." Aariz bersuara bagi mengejutkan Tiara daripada lamunanya itu.

"Ha? Ha.. yelah. Tiara nak pakai tudung sekejap."

"Okey. Aku pergi jenguk anak-anak dekat bawah sana. Jangan lambat sangat, okey?"

"Ya, abang." Tiara mengangguk. Aariz sempat menghadiahkan ciuman hangat di tepi dahi isterinya itu. Tangan Tiara digenggam sekejap. Sejuk saja tangan isterinya itu walaupun aircond tidak dipasang sejak tadi. Mungkin juga Tiara berada dalam ketakutan dan keresahan. Namun, disembunyikan saja.

"ASSALAMUALAIKUM saudara Azman Bin Ismail. Masa saudara sudah sampai. Maafkan saya. Saya hanya menjalankan tugas saya sahaja. Silakan saudara.." ujar pegawai penjara itu setelah pintu besi itu dibukanya daripada luar.

Azman menggeleng lemah. Al-Quran ditutup rapi dan dikucupnya dengan penuh syahdu sehingga mengalir air mata hangatnya. Sejadah dilipat rapi dan disusunlan ditepi dengan tubuh yang menggigil. Sepucuk surat dan barangannya untuk diserahkan kepada Tiara nanti tidak dilupakan. Seorang lagi pegawai penjara masuk ke dalam sel Azman dan membawanya keluar.

"Maafkan saya. Saya hanya menjalankan tugas sahaja." Perkara yang sama dikatakan oleh pegawai penjara yang seorang lagi itu.

"Takpe, Tuan. Saya faham.." tutur Azman dengan bibir yang menggigil. Tangan Azman digari oleh pengawai penjara itu.

"Banyakkan mengucap, zikir dan selawat sepanjang perjalanan kita ini saudara Azman. Bersabarlah dan terima ketentuanNYA ini dengan redha. InshaAllah, semuanya akan dipermudahkan nanti." Pesan pegawai penjara pertama yang bernama Ishak itu.

"Allah... Allah... Allahu Akbar.." Azman sebak. Setelah itu, dia mengucap tanpa henti dan menyebut nama ALLAH sepanjang perjalanannya ke bilik hukuman gantung itu. 












.

Next bab dalam proses update. Pastikan play musik sebelum baca ya. 😋🤣

Precious WifeWhere stories live. Discover now