"JUMPA dia tak?" Soal Sofea seraya duduk diatas bangku panjang yang disediakan di luar sebuah butik pakaian berjenama.
"Tak jumpalah.. Laju gila dia lari" rungut Lea. Punggungnya dilabuhkan disebelah Sofea.
Mereka berehat seketika. Mahu mengumpul semula tenang yang sudah hilang akibat lumba lari itu tadi sebelum mereka kembali memburu dan mengejar budak hyperactive itu.
Sedang mereka berdua berbual-bual, mata Sofea terbuntang apabila melihat Baby menuju ke arah mereka dengan seseorang yang amat dia kenali.
Aduh! Bala ni.. Bala!
Sofea menyiku lengan Lea yang masih rancak bercakap sambil memandang ke depan tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya.
Lea pandang Sofea dengan riak wajah yang biasa. Mungkin Sofea nak cakap sesuatu. Sofea membuat isyarat agar Lea memandang ke arah tempat yang dia tunjuk itu.
Lea terkejut. Sofea sudah berdiri dan menghadap ke arah Baby dengan orang itu sekali. Lea juga turut sama berdiri tegak. Mata mereka tidak leoas daeipada beradu dengan sepasang mata hazel itu.
Mereka memandang Baby dan gerangan itu silih berganyi. Lidah mereka berdua kelu.
■■
"SO, umur Baby 15 tahun?"
Sofea menganggukkan kepalanya.
Amsyar masih lagi menyoal seperti seorang inspektor polis kepada Sofea. Sesekali, Amsyar mengerling ke arah Baby dan Lea yang sedang beratur bersama di kaunter memesan makanan untuk membeli aiskrim strawberry Baby.
Lea memusingkan kepalanya ke meja makan mereka. Serius saja wajah Amsyar dan sofea.
"Huuu.. Nasib baik aku tak kena duduk sana lama-lama.." kata Lea.
"Kenapa, Kak Lea?" Tanya Baby. Serentak itu, dia juga turut memandang ke arah meja makan mereka semua.
Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie merah jambunya.
"Hah? Tak ada apa lah.."
"Hensem kan abang tu?"
"Hmm.." akui Lea begitu saja. Amsyar memang hensem pun. Tak dinafikan. Wajah kacuk gitu!
"Itu Oppa Baby tau. Akak jangan rampas. Kalau tak... Siap lah akak Lea kita buat!" Ugut Baby dengan nada yang serius.
Jari ditunding tepat ke wajah Lea. Lea meenpis jari itu. Hampir saja terkena batang hidungnya. Biadap budak ni!
Baby menjeling tajam Lea yang berada disebelahnya. Lea mencebik. Macam lah aku nak sangat dengan Oppa kau tu. Huh!
"Eh! Kau ingat aku ni hingin sangat je dengan Oppa kau tu? Tak hamak lah budak kecik! Kau takkan dapat dia punya. Kau tu bukannya wujud pun sebenarnya dekat dunia ni. Tolong sedar diri tu sikit. Ergh!" Lancang saja mulut Lea berutur.
Baby terdiam. Dia terasa hati benar ketika itu. Wajahnya muram saja. Namun dikawal agar Lea tidak perasan.
Sampai hati Kak Lea cakap Baby macan tu. Baby hampir menangis. Dia memalingkan wajahnya ke tempat lain.
Melihat ke bahagian menu makanan yang terpapar di tv LED dihadapan mereka itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...