BAB 55

5.4K 368 28
                                    

LAURA mengesat air matanya buat sekian kalinya. Air matanya sedari sejak tadi lagi tidak berhenti daripada mengalir. Laura fokus pada pemanduannya.

Badan Laura masih lagi menggigil. Tangan yang memegang dan mengawal stereng kereta itu juga terketar-ketar. Terdapat juga darah yang melekat di stereng kereta itu.

Laura tidak membersihkan tangannya selepas menikam perut Aariz, sebaliknya dia terus bergegas lari masuk ke dalam keretanya dan memandu dengan laju. 

"Maafkan aku, Aariz.."

Laura merintih. Hujan lebat ketika itu seperti mengerti akan perasaan hatinya ketika itu.

"Maafkan Mama Laura.." kata Laura kepada triplets yang sedang tidur nyenyak di baby seat masing-masing.

Jauh perjalanan Laura pada malam itu. Kali ini, dia harus memisahkan anak-anak Tiara dengan dengan Aariz dan juga Tiara sendiri. Entah mengapa. Tetapi, dia tahu, itu adalah yang terbaik.

Dia akan tinggalkan triplets di rumah sebuah keluarga yang berada di pedalaman kampung. Keluarga itu pernah membantu Laura suatu masa dahulu sewaktu Laura kemalangan jalan raya akibat dikejar oleh beberapa orang gengster di suatu petang yang hampir melabuhkan tirai cahaya mataharinya.

Keretanya remuk dan tersadai di tepi jalan yanh sunyi. Laura pula jatuh terpelanting di tebing gaung yang cerun dan agak curam ke bawah. Nasib menyebelahi dirinya apabila Tuhan masih lagi memberinya peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi ini.

Sedar tak sedar, keesokkan paginya itu, Laura sudah berada di dalam sebuah bilik yang sudah semestinya diperbuat daripada papan.

Pak Akob dan Mak Seha adalah orang yang menjumpai Laura pada ketika itu sewaktu mereka pulang daripada mencari ulam-ulaman di dalam hutan. Keadaan Laura yang begitu menyanyat hati kedua orang tua itu, membuatkan Pak Akob dan Mak Seha membawa dirinya pulang dengan susah payahnya.

Laura amat terhutang budi dengan mereka. Keluarga Pak Akob dan Mak Seha, adalah keluarga angkatnya. Mereka adalah oranv kampung pedalaman yang sangat peramah dan murah hati. Walaupun hidup susah, tetapi mereka tidak pernah kedekut dan berkira untuk berkongsi makanan dan rezeki.

Pak Akob memberitahu, kehadiran Laura juga adalah sebagai tetamu yang membawa rezeki terhadap mereka sekeluarga.  

"ASSALAMUALAIKUM, Pak Akob! Mak Seha! Assalamualaikum!!"

Laura memberi salam. Masih tiada orang yang membuka pintu rumah.

"Assalamualaikum!!" Laura melaung salam lagi dengan kuat.

"Waalaikumusalam!! Sekejap!"

Balas seorang gadis daripada dalam.

Bunyi pintu kayu dibuka. Laura mengangkat muka lalu tersenyum pada si gadis itu.

"Kak Laura!!"

Jerit Irma lalu dia menerpa ke arah Laura dan memeluk erat tubuh Laura.

"Akak bila sampai?!"

Irma masih lagi teruja. Dah lama tak jumpa lah katakan.

"Baru je sampai. Mak dengan abah kau mana?"

"Ada dekat dalam tu ha... jom lah masuk dulu! Mak!! Abah! Kak Laura datang ni!!"

"Woi! Diam sikit lah. Anak-anak aku tidur dekat dalam kereta tu."

Irma membuntangkan matanya. Kahwin?

"Akak dah kahwin? Yeke? Tak ajak pun.."

Irma pura-pura merajuk. Laura melukuk perlahan kepala Irma.

Precious WifeWhere stories live. Discover now