BAB 51

6.1K 383 113
                                    

"LUNA nak minum dulu?"

Tanya Amsyar prihatin. Mana lah tau Luna haus. Sudah hampir dua jam mereka berdua melakukan sesi bual bicara bersama. Harini lah hari untuk Amsyar mencari dan mengorek segala rahsia yang ada.

Luna menggeleng sambil tersenyum. Amsyar membalas senyuman Luna kembali. Bukan mudah mahu buat Luna bercakap. Dia lebih banyak menggunakan bahasa badan sahaja.

"Okay. Continue."

Minta Amsyar. Dia duduk bersandar dengan tenang di sofa bertentangan dengan Luna.

"Lu.. Luna.. tak ingat dah..."

"Luna jangan tipu."

"Be.. betul.."

Luna mengurut lembut kepala dibahagian kirinya.

"Siapa lagi yang tahu tentang ni?"

"Kak Laura.."

Amsyar meraup wajahnya kasar.

"Luna, tolong beri kerjasama dengan saya. Kalau tidak... semua ni takkan berakhir. Dan Tiara jugak, takkan dapat sembuh sampai bila-bila."

"Luna tak.. tak nak cak.. cakap lagi."

"Okay, fine. Tapi saya nak tanya pasal surat-surat ni. Luna yang tulis kan?"

Amsyar menghulurkan satu sampul surat besar berwarna coklat yang kelihatan agak lama dan terkoyak sedikit. Di dalamnya, penuh dengan helaian kertas yang penuh dengan tulisan.

Dan Amsyar juga tidak membaca semua. Dia hanya membaca sedikit sahaja.

"Bukan. Luna tak tau me.. menulis dan membaca. Macam mana Luna nak buat semua su.. surat tu? Luna bod.. bodoh.. tak pandai macam.. or.. orang lain.."

Luna bersuara rintih. Dia menunduk dan bermain dengan jemarinya.

"Luna... awak tak bodoh. Awak semua adalah identiti yang sangat bijak dan mempunyai berbagai kelebihan yang dimiliki oleh masing-masing. Saya suka dengan semua lukisan awak. Awak pandai melukis. Cumanya... saya nak tahu, siapa dia ni?"

Amsyar menghulurkan satu lukisan yang telah dilukis oleh Luna. Lukisan yang telah dilukis pada awal Januari tahun ini. Ini lah lukisan yang Sofea katakan itu.

"Lu.. Luna main.. luk.. lukis je."

"Semua lukisan yang Luna hasilkan datangnya daripada apa yang bermain di minda dan ingatan Luna kan? Jadi, macam mana dengan lukisan ni? Takkan lah ianya hanya sekadar sekali imbas sahaja kan? Tak mungkin. Saya percaya ini bukan kali pertama Luna cuba lukis gerangan ni. Tetapi banyak kali. Dan tahun ni, baru Luna berjaya menghasilkan satu lukisan yang penuh. Dan inilah hasilnya. Betul tak, Luna?"

Hebat Amsyar menghujahkan fakta dan huraiannya. Kepakarannya telah digunakan kali ini setelah agak lama Luna asyik bermain tarik tali sahaja sejak tadi lagi.

Sekejap dia bercakap benar, dan setelah itu, dia memanipulatif semula ayatnya itu. Tetapi, tidak mudah Amsyar tertipu dengan helahnya itu. Luna masih lagi berhati-hati dalam percakapannya. Dia kelihatan takut-takut. Seperti ada batu penghalang yang menyekat dia agar tidak membuka rahsia.

"7 tahun, Luna. 7 tahun awak tak pernah putus-putus untuk melukis gerangan 'dia'. Itu pun masih tak cukup lagi ke bukti yang saya dah bagi?"

Ujar Amsyar sambil menyusun satu persatu kertas lukisan dihadapan Luna mengikut tarikh. Daripada lukisan yang tidak menjadi sehinggalah yang berjaya dihasilkan oleh Luna dengan jayanya.

"Saya yakin semua orang akan menyanyangi awak jika awak sama-sama membantu dalam hal ni, Luna. Saya tahu awak seorang budak yang baik. Awak juga seorang anak yang mendengar kata walaupun mereka tidak menyedari akan hal itu. Awak.. adalah permata di mata mereka. Cuma awak sahaja yang tidak sedar, Luna.."

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang