BAB 75

4.6K 313 33
                                    

SAKAN benar Darius, Sofea dan Lea bersembang di atas rumput hijau di taman Lake Garden itu tanpa menghiraukan manusia-manusia yang sedang beriadah di taman yang cantik itu.

"Korang, aku nak pergi beli makanan lagi ni. Kejap eh." Lea bangun lalu mengibas-ngibas seluarnya yang sudah terlekat dengan rumput-rumput hijau.

Darius dan Sofea mengelak daripada terkena rumput itu apabila angin kuat meniup ke arah mereka.

"Banyaknya kau makan. Tak takut gemuk ke? Dah lah semuanya snek. Nanti takde laki nak dekat kau baru kau tau." Kata Darius selamba. Lea pandang Darius dengan mata yang kecil. Kecik besar je aku tengok dia ni!

"Suka hati aku lah! Ala, nanti kau makan sekali jugakkan? Elehh.." Lea mengambil pursenya.

"Werkk!!" Sempat dijelirnya lidah kepada Darius sebelum beredar daripada situ.

Serentak Darius dan Sofea ketawa. Seketika, mereka berpandangan lama dan saling berbalas senyuman dengan pandangan mata yang redup. Hati mereka mulai terasa sesuatu. Terasa degupan jantung menjadi tidak menentu. Perasaan sedih sedaya upaya cuba ditutup rapi oleh mereka berdua.

"DARIUS, kau pandai main gitar, kan?" Tanya Lea. Tangannya tidak henti-henti membawa masuk kerepek pisang yang dibelinya tadi di kedai berdekatan.

"Hm. Kenapa?" Darius tenung Lea dalam. Gitar yang dipetik tadi terus terhenti alunannya.

"Mainlah satu lagu untuk kitorang. Bila lagi lepas ni, kan?" Lea seperti menghantar satu maksud tersirat pada Darius melalui kontak mata mereka berdua.

Darius tersenyum. Dia mengangguk dan membetulkan posisi duduk dan gitarnya. Darius memejamkan mata seketika sebelum dibuka perlahan.

Jika,
Harusku bersabar dengan segala derita,
Ku terima,
Jika,
Pahitnya terasa,
Bagai dipenjara tanpa bicaraku rela,

Darius memandang Sofea yang duduk dihadapannya bersama dengan senyuman tipis.

Cinta,
Akanku mengasihimu,
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu,

Lea memandang Darius dan Lea silih berganti. Darius nampak begitu ikhlas sekali dalam menyampaikan lagunya itu. Dia betul-betul menjiwainya.

Mereka juga tahu bahawa identiti Darius ini suka pada Sofea sejak pertama kali dia muncul lagi. Dan ketika itu jugalah buat pertama kalinya Darius handak membunuh dirinya dengan cara terjun bangunan sekolah sewaktu Tiara berusia 17 tahun.

Suara Darius serak dan merdu sekali. Walaupun dia tidak menyanyi mengikut versi yang asal dan penuh, tetapi tetap sedap didengari oleh Sofea dan Lea.

Selain pandai bermain gitar, Darius juga pandai mengarang lagu. Tetapi, secret talent dia yang kedua itu tidak ada sesiapa pun yang tahu melainkan identiti Tiara yang lain.

Ku harap kau mendengar apa yang ku, bisikkan selama ini,
Tanpa mu seluruh nyawa tak bermakna,

Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya,
Terangilah gelapku walau dalam gelita,
Dengarkanlah aku,
Jiwaku tulus untukmu,

Andainya bumi tidak mampu berputar lagi,
Sumpah setiaku, kan tetap ada di sini,

Dengarkanlah aku,
Jiwaku telus, untukmu...

"KALAU dulu korang berdua tak selamatkan aku daripada terus bunuh diri, mesti aku dah tak ada dah sekarang ni. Aku memang membebankan orang lain." Darius ketawa kecil.

"Tak. Bukan aku. Tapi Tiara. Aku ni cuma... penumpang aje dalam badan dia. Aku baru sedar yang selama ni aku dah banyak cederakan diri dia. Badan dia berparut disebabkan aku. Dia banyak kali hampir mati disebabkan aku jugak. Aku... aku memang tak guna. Aku sepatutnya tolong dia. Tapi aku gagal. Perasaan sedih dan kecewa yang melampau, berjaya menguasai diri aku yang lemah ni. Aku bodoh!"

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang