TERKEJUT hebat Tiara apabila ada orang yang meniup kuat ke lubang telinga kanannya sewaktu dia leka termenung di dalam bilik bacaan itu. Buku yang berada di tangan ditutup kasar lalu diletakkan di atas meja.
Wajah Tiara cemberut sahaja. Orang yang sedang duduk di sebelahnya ketika itu ditenung bagai nak terkam.
"Jangan pandang macam tu sayang... nak kena terkam ke?"
Aariz tersengih lebar kepada Tiara. Ditarik kepala Tiara lembut lalu satu kucupan hangat hinggap di dahi isterinya itu.
"Do you miss me, baby?"
Tanya Aariz berserta dengan satu lagi ciuman yang lama di leher Tiara. Terjerit Tiara apabila Aariz menggigit agak kuat di lehernya itu. Kesan merah mula kelihatan.
Ish! Laki aku ni. Nak main gigit-gigit pulak. Dah pasang cita-cita nak jadi drakula ke apa?
"Sakitlah abang!"
Tiara menampar lengan Aariz dengan kuat. Tidak cukup dengan itu, dia mencubit-cubit pula pinggang Aariz.
Sedaya upaya Aariz mengelak daripada cubitan berbisa itu. Akhirnya tangan Tiara berjaya diraih. Aariz dan Tiara saling berpandangan. Renungan mata Aariz menjadi redup. Dari mata, turun ke bibir Tiara.
Chup! Bibir mereka bersatu. Aariz mengurut lembut tengkuk Tiara. Ciuman mereka semakin dalam. Mereka hanyut bersama seketika tanpa mereka sedar.
Ciuman itulah yang dipanggil sebagai ciuman rindu di antara mereka berdua. Tidak dapat mereka jelaskan bagaimana rindunya dua jiwa itu di antara satu sama lain. Hanya dengan cara itulah mereka menghuraikan isi hati dan perasaan masing-masing.
Kejadian malam itu, memang betul Aariz telah jatuh ke dalam air laut. Nasib yang tidak baik di timpa oleh Aariz ialah dia terhantuk di bahagian tepi batu besar itu kemudian dia jatuh ke dalam dasar laut yang dalam.
Syukurlah Aariz terjatuh di celahan batu-batu yang tajam dan besar itu walaupun dia terhantuk dan tidak sedarkan dirinya lagi selepas itu kerana lemas. Jika tidak, malam itu adalah malam terakhir untuk Aariz dan Tiara sebagai pasangan bahagia di atas muka bumi ini.
Amsyar adalah orang yang menyelamatkan Aariz dalam kejadian itu. Dia tahu yang dia telah merisikokan dirinya dan meletakkan dirinya di dalam kancah bahaya.
Tetapi, Aariz adalah darah dagingnya sendiri. Mana mungkin dia hanya melihat dan membiarkan sahaja. Jika Amsyar tidak bertindak, satu nyawa akan hilang dan akan ada beberapa pihak yang bakal melalui satu fasa kesedihan yang amat dahsyat sekali.
Amsyar telah terjun dibahagian tepi batu tebing itu. Dia tidak nampak bahawa ada batu-batu besar yang berada di dalam laut itu kerana keadaan yang gelap. Dia rasakan, disitu adalah tempat yang selamat.
Selamat terjun ke dalam air laut, Amsyar terus mencari Aariz. Ombak laut yang menghempas kuat tidak dihiraukan. Setelah memastikan dimana keberadaan Aariz, Amsyar menarik Aariz untuk timbul ke permukaan air.
Tercungap teruk Amsyar ketika itu. Dadanya kian terasa sesak. Dibahagian pasir pantai yang agak jauh sedikit, Jerry dan Zayn berlari masuk ke dalam air laut untuk mendapatkan Aariz dan Amsyar. Sean dan Tiara juga telah berlari ke arah pasir pantai bersama. Manakala, Qhir menjaga triplets di dalam kereta yang masih lagi menangis dan meraung kuat.
Penuh debar mereka menanti Aariz untuk membuka matanya dikala Amsyar melakukan CPR dari mulut ke mulut. Tiara sudah menangis di sisi Aariz yang terbaring kaku di atas pasir pantai itu.
Selang beberapa minit mencuba, akhirnya Aariz tersedak dan mengeluarkan air laut yang telah ditelannya itu semasa dia jatuh ke dalam laut.
Amsyar terbaring lemah disisi Aariz. Rasa macam nak putus nyawa pun ada ketika itu. Mereka mengucap syukur sebelum Aariz dan Amsyar sama-sama diangkat lalu dibawa masuk ke dalam kereta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...