TANGAN Aariz melingkar di pinggang Tiara. Pinggang ramping isterinya itu di peluk dengan kemas. Rambut Tiara yang panjang mengurai itu diselak ke sebelah kiri. Haruman di leher Tiara itu disedut dalam.
"Wanginya..."
Ujar Aariz dengan suara yang serak dan dalam.
"Wangi lah. Baru habis mandi kan?"
"No. You always smell good, honey.."
Jujur Aariz. Sejak berkahwin lagi dia suka bauan asli yang terhasil daripada tubuh Tiara. Jadi, tidak pelik jika dia suka apabila Tiara dekat dengannya dalam keadaan macam mana pun. Bila waktu tidur, lagi lah tak nak lepas daripada memeluk Tiara.
"Tumpang lalu sikit.."
Minta Tiara pada Aariz yang tak habi-habis asyik mengucup ceruk lehernya itu sahaja.
Setelah Aariz melepaskan pelukannya pada Tiara dan beralih ke sisi, Tiara menyelak rambutnya secara berulang kali sebelum disikat rapi.
Leka Aariz memerhatikan tingkah Tiara itu, kedengaran suara triplets menjerit sesama sendiri di atas katil mereka. Aariz dan Tiara sama-sama tersentak.
"Let me.." ujar Aariz.
Katil triplets didekati. Aariz ketawa riang. Tak sangka pula yang anak-anaknya itu suka bergusti sekarang ni.
Yang Adam himpap badan Aeddy. Dan Tiana pula menarik-narik rambut Adam. Terdiam ketiga-tiganya tatkala ternampak wajah Aariz.
Tiana berdiri sambil berpaut pada kayu katilnya dan menjerit-jerit minta Aariz mengangkatnya. Sengaja Aariz mengusik anak daranya seorang itu.
Wajah Tiana tersebik lalu dia menjerit sekuat hati kerana geram. Bingit telinga jadinya.
Aariz ketawa lagi.
"Okey.. okey.. sorry sayang. Sini dekat papa."
Aariz mendukung badan semangat dan bulat Tiana. Terus tersenyum anak kecil itu. Siap tersengih lagi. Tangan Tiara bermain-main di hidung mancung Aariz kemudian di bibir.
"Kiss papa lips, please.."
Rayu Aariz. Mulut dimuncungkan dan segera Tiana mencium mulut Aariz. Siap dapat extra air liur lagi. Dah biasa.
Di dalam baby court yang besar itu, Adam dan Aeddy juga turut menjerit minta dikeluarkan daripada penjara mereka itu.
"Ma.. ma.. ma.."
Adam bersuara. Dia menghulurkan tangannya keluar dicelah-celah kayu baby court itu. .
"Ya, sekejap sayang. Mama nak ikat rambut sekejap." Kata Tiara.
Tiara mengangkat keluar Adam lalu diserahkan pada Aariz. Diam terus Adam lalu dia melabuhkan kepalanya di dada Aariz. Setelah itu, Aeddy pula diangkat.
"Jom kita turun..."
Kata Tiara sambil menari-nari kecil bersama Aeddy. Aariz berjalan dibelakang bersama dua orang lagi anaknya itu.
"NAK makan lagi tak sayang?"
Tanya Tiara kepada Tiana. Sudu nestum disuakan lagi ke mulut anak gadisnya itu. Tiana menolehkan mukanya ke tempat lain. Dia merangkak pergi kepada dua orang abangnya yang sedang leka dengan permainan masing-masing di tangan.
"Lasak Tiana ni dah besar nanti."
Kata Aariz. Tiara tersenyum dan mengangguk.
"Tengoklah macan mana abang-abang dia treat dia tu. Memang kasar habis. Kerja nak bergusti je tau. Nak buat macan mana, dah dia sorang je perempuan. Takpelah abang.. Tiara harap dah besar nanti, dia pandai lah jaga diri dia sendiri."
YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...