"HABISTU, kau terima ke tak lamaran Aariz tu?"
Soal Sofea dengan memandang serius ke muka Tiara. Tiara hanya tersandar lemah di kerusi halaman rumahnya itu. Baru harini Sofea dan Lea tahu berkenaan lamaran Aariz terhadap Tiara tempoh hari.
Mungkin Tiara belum bersedia lagi mahu bercerita kepada mereka berdua.
Letih bercampur lelah setelah berhari-hari memikirkan akan kejadian lamaran Aariz itu. Sudahlah mereka baru sahaja pulang dari kafe. Penat berkerja pun tak hilang lagi tiba-tiba saja Sofea menyoalnya memandangkan sepupu dan kawan baiknya itu Lea, sudah mengetahui akan hal yang sebenarnya.
"Aku tak ada jawapan lagi lah, Sofea. Entahlah wey... Aku tak tau apa yang aku rasa sebenarnya. Aku masih terkejut lagi.."
"Memang lah tak ada rasa apa sebab kau tu tak ada perasaan." Sampuk Lea tiba-tiba yang baru sahaja keluar daripada pintu rumah dengan menatang dulang air sejuk buat kawan-kawannya itu.
Air oren Sunquick dituang oleh Lea ke dalam gelas mereka bertiga.
"Maksud kau?" Tanya Tiara sambil menongkat dagunya di atas meja.
"Bila kali terakhir kau rasa sayang dan cinta pada seseorang?"
Lea meletakkan jag ke dalam dulang semula. Dia pandang Tiara.
"Aku sayangkan korang berdua." Balas Tiara tanpa riak di wajahnya. Kosong. Jawapannya juga lari daripada soalan yang diberi.
"Ikhlas ke? Apa makna sayang bagi kau, Tiara?" Lea bermain tarik tali.
Tiara ketawa kecil.
"Aku still tak faham Lea. Apa maksud sebenar kau ni? Ha? Of course lah aku ikhlas. Korang berdua kan family aku. Kenapa aku mesti nak benci sedangkan korang bersama dengan aku dah lama. Jatuh dan bangun aku korang tetap disisi aku.."
Lea senyum tipis. Itu sajalah jawapan Tiara sejak dulu lagi. Dia bercakap terus hanya dengan melalui mulut sahaja dan tanpa memaksudkan langsung apa yang dia ingin katakan. Kata-katanya tidak lahir bersama daripada dalam hatinya.
"Perasaan sayang dan cinta tu datangnya dengan sendiri dan tulus ikhlas dari hati, Tiara. Tapi kalau kau menyayangi dan mencintai seseorang dengan hati yang kosong... Dua benda tu adalah perkara yang sia-sia yang kau dah buat." Ujar Lea terus tanpa berlapik walaupun sedikit. Dia mahu Tiara faham maksud yang tersirat itu.
Tiara mendiamkan diri. Dia termenung jauh ke depan. Namun telinganya masih lagi mahu mendengar apa yang Lea mahu katakan kepadanya.
Antara Sofea dan Lea, Lea adalah orang yang paling berani cakap lepas. Kalau dia nak cakap dia akan cakap.
Berbeza dengan Sofea yang lebih ingin menjaga hati pihak lawannya. Kata Sofea, dia tidak mahu berlawan soal perkara yang remeh. Akan tetapi, bila sampai pada satu titik yang telah ditetapkan, Sofea juga akan bersikap sama seperti Lea. Kesabarannya ada had juga.
Sofea genggam tangan Tiara erat.
"Tiara.. Kitorang bukan nak assume kau yang bukan-bukan. Kitorang cuma nak kau sihat kembali je macam dulu, Tiara. Kitorang nak kau hidup bahagia semula macam mana kau bahagia hidup dengan keluarga kau suatu ketika dulu.."
"Mustahil!" Tiara membentak. Dia berdiri dan bergerak jauh sedikit daripada Sofea dan Lea.
Tiara berpeluk tubuh. Nafasnya berat. Dadanya berombak kencang.
"Tak ada yang mustahil dalam dunia ni, Tiara. Kau kena percaya pada benda tu. Kenapa kau selalu nak menafikan yang kau tu takkan bahagia semula, Tiara?" Ujar Sofea lagi.
Tiara mengeluh.
Sofea juga turut berdiri. Dia menghampiri Tiara. Bahu Tiara disentuh.
"Aku tau susah untuk kau lupakan pengalaman pahit tu, Tiara. Aku tau benda tu semakin membuatkan kau sakit dan parah. Tapi harapan aku dan Lea adalah kami berdua nak kau sihat semula. Buat rawatan tu, Tiara. Teruskan. Jangan stop tiba-tiba macam dulu even tu bukannya salah kau. Kami sentiasa ada dengan kau. Kau kena bangkit dan lawan semula, Tiara. Jangan biarkan 'diorang' semakin kuat menguasai diri kau. Kau adalah kau. Dan tak ada sesiapa pun di dalam dunia ni yang boleh ambik alih diri dan tubuh badan kau, Tiara. Jiwa, hati dan perasaan kau... Adalah hak milik kau seorang, Tiara.."
Pesan Sofea. Tiara berpaling tubuh ke belakang lalu memeluk erat tubuh Sofea. Lea juga turut mendekati. Dia mendepakan tangan lalu memeluk Tiara dan Sofea serentak.
Dalam tangisan mereka, ada terselit segaris senyuman bahagia.
■■
LEA mengetuk pintu bilik Tiara. Jarum jam sudah pun beralih ke angka 10:30 malam. Selepas Subuh, Tiara tidak keluar lagi daripada bilik tidurnya. Memang tak nampak batang hidung langsung.
Jangan kata batang hidung, bayang pun mereka tak nampak. Tak lapar ke? Ke.. Dia dah pengsan? Lea cepat-cepat sedar. Tak nak fikir yang bukan-bukan.
"Tiara! Kau tengah tidur ke apa tu? Tak nak bangun ke? Keluar lah makan. Dah nak pukul 11 dah ni. Kau okey ke tak tu? Asal tak keluar-keluar dari bilik?" Laung Lea daripada luar bilik.
Pintu bilik Tiara diketuk berulang kali.
"Tiara!" Panggil Lea lagi.
"Masuk jelah!!" Keras suara Tiara menyahut. Marah betul tu. Memang tengah tidur ke?
Lea menapak masuk ke dalam bilik Tiara. Eh, tak ada orang pula. Kosong saja. Dah lah sejuk pula tu. Bilik itu juga samar sahaja kerana hanya lampu meja yang dipasang.
"Tiara.."
Buk!
"Argh!"
Lea jatuh terhempas di atas lantai secara meniarap. Dia sudah tidak sedarkan diri lagi. Hentakan di kepalanya itu tadi terlalu kuat sehingga dia boleh jadi begitu.
Satu batang besi besbol dicampakkan ke lantai. Berdentang bunyinya.
Satu senyuman sinis akhirnya berubah menyeringai. Matanya redup namun tajam menikam. Belakang tubuh Lea dipijak sedikit lalu ditunjal dengan menggunakan hujung jari kaki secara kasar.
"You deserve that, stupid girl.."
.
.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Roman d'amour"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...