KERETA yang dipandu selamat sampai ke destinasi. Laura keluar daripada perut kereta sambil membuka cermin mata hitamnya. Matanya bersinar apabila melihat keindahan pulau miliknya itu. Serasa Laura, sudah bertahun juga dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Hari ini, dia datang kembali ke sana atas satu tujuan yang diinginkan.
Rambut mengurai milik Laura beralun lembut bersama angin laut yang bertiup kuat pada pagi redup itu. Laura menyelitkan rambutnya dibelakang telinga. Kaki menapak ke bonet kereta untuk mengambil segala bagasi yang ada.
"Nak.." tegur satu suara wanita tua. Bahu Laura disentuh. Laura menoleh ke belakang. Dia tersenyum. Bagasi yang tadi diangkat, dibawa turun dan diletakkan di atas tanah.
"Bonda.." Laura menyalam tangan tua itu dan dikucup lama lalu pantas dia mendakap tubuh wanita yang dipanggil bonda itu dengan begitu erat sekali.
"Laura rindu sangat dekat bonda. Maafkan Laura sebab dah lama tak balik sini.." Ujar Laura sebak.
"Takpelah Laura. Bonda faham keadaan kamu macam mana. Jangan terlalu memaksa diri tu. Nanti sakit siapa susah? Bonda jugak. Kamu tu dahlah kalau sakit manja mengalahkan budak umur 5 tahun." Sakat Bonda Khaleeda.
"Bonda! Ish! Bencilah macam ni.." Pelukan dirungkaikan. Wajah Laura masam mencuka. Dia berpeluk tubuh.
Bonda Khaleeda ketawa geli hati. Dah datang dah perangai manja dan kuat sentap dia tu.
"Sayang bonda ni... janganlah merajuk. Kitakan baru je jumpa. Takkan nak gaduh?" Bonda Khaleeda angkat kening.
"Yelah-yelah... tapi! Bonda akan didenda." Laura tersenyum lebar pada Bonda Khaleeda.
"Ada-ada jelah budak ni, kan? Nak suruh bonda masakkan bubur jagunglah tu." Bonda Khaleeda dah biasa dengan cara Laura tu. Bila merajuk, pasti disuruhnya masak makanan kegemarannya itu.
Laura tersengih lalu dia mengucup dahi Bonda Khaleeda.
"Tau takpe. Jom masuk bonda." Laura mengangkat dua bagasi dikedua belah tangannya.
"Sini bonda tolong bawakkan sekali." Tangan dihulur untuk menbantu Laura mengangkat bagasi yang kecil.
"Takpe bonda. Tak berat pun. Laura ni kan kuat orangnya." Laura kenyit mata pada Bonda Khaleeda.
Geleng kepala Bonda Khaleeda dibuatnya apabila dia dengar jawapan daripada Laura itu.
"TAK BAIK kamu buat macam tu Laura. Tercari-cari dia nanti. Dahlah anak-anak pun ada. Menangis budak-budak tu nanti kalau tau mama diorang ni takde depan mata." Bonda Khaleeda menghulurkan mangkuk berisi bubur jagung pada Laura.
Laura tidak menjawab tetapi, dia terus mengambil sudu kemudian dia mengacau bubur itu sebelum dibawa masuk ke dalam mulut dan dimakan dengan penuh nikmat dan tanpa henti. Bonda Khaleeda tersenyum melihat Laura.
Dari dulu lagi, itulah yang sering diminta oleh Laura setiap kali waktu petang menjelma pada Bonda Khaleeda. Makanan pencuci mulut itu dibuatnya seperti makanan harian Laura pula. Sehari tak dapat, mesti dia mogok terus. Dia sudah ketagih dengan bubur jagung itu.
"Macam mana dengan rawatan? Okey?" Soal Bonda Khaleeda. Laura hanya mengangguk tanpa memandangnya.
Bonda Khaleeda juga salah seorang yang tahu tentang penyakit Laura itu. Semasa dia muncul, rumah Bonda Khaleeda lah yang dikunjungi.
Sewaktu Tiara melarilan diri daripada rumah pada usia 15 tahun, sebenarnya dia tidak ke tempat asing. Sebaliknya, ke rumah Bonda Khaleeda.
Bonda Khaleeda merupakan ibu saudara Tiara. Dia merupakan adik kepada ibu Tiara. Satu-satunya ahli keluarga yang boleh Tiara harapkan dan percayai. Ibu Tiara dan Bonda Khaleeda hanya dua beradik sahaja. Keluarga mereka tidak besar. Tetapi, keakraban mereka berdua, tidak dapat dipisahkan oleh sesiapa di dunia ini sejak kecil lagi. Mereka terlalu rapat.
Dalam tempoh itu, Bonda Khaleeda harus berhadapan dengan 9 identiti yang bermacam ragamnya kecuali The Last Man. Itu kerana identiti kesepuluh itu muncul ketika Tiara tidak lagi duduk dengannya. Jadi, dia tidak pernah langsung bersua muka dengan identiti terakhir itu.
BUAIAN kayu itu berayun perlahan sahaja mengikut rentak kaki Laura. Pemandangan laut biru yang terbentang luas dihadapan matanya ditatap leka.
Esok lusa, belum tentu lagi dia dapat lihat pemandangan indah itu seperti sekarang ini. Semha itu, akan terkubur selama-lamanya.
"Hai... okey. Kejap! Ni siapa?" Datang seorang lelaki yang berusia dalam pertengahan 20-an disebelah Laura.
Laura tersenyum tipis. Mereka berbalas pandangan dengan senyuman menghiasi bibir. Laura menjongket kening sebelah dan serta-merta ayunan buaian itu terhenti.
"It's me." Laura turun daripada buaian dan berpaling pada lelaki itu.
"Gosh! Laura!! I miss you so much, sister!" Kata Reza teruja. Dia mendakap tubuh Laura rapat. Laura membalas.
"You datang sorang jeke? Husband? Kids?" Soal Reza yang merupakan anak tunggal kepada Bonda Khaleeda yang juga tahu akan penyakit Tiara itu.
"Datang sorang je. Mungkin, aku akan duduk sini dalam dua tiga hari macam tu. Lepastu aku baliklah." Laura angkat bahu.
"Oh i see... eh, siapa tu?" Reza menunding jari pada seseorang yang berada sedikit jauh daripada mereka. Laura mengalihkan pandangan ke tempat lain kemudian dia berlari masuk ke dalam banglo resortnya itu.
.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...