BAB 4

7.9K 415 11
                                    

"SELAMAT datang Cik Nur Tiara. Silakan. Jemput duduk" Ramah Amsyar menyapa. Senyuman manis di bibirnya itu menambahkan lagi kekacakkan wajahnya.

Amsyar menilik Tiara atas dan bawah. Pakaian yang longgar dan menutup aurat. Tudung yang dipakai juga labuh serta tutup melepasi dadanya. Betul-betul terjaga auratnya.

Muslimah habis perempuan ni. Macam ni punya gaya pun merbahaya ke? Ya ALLAH, Amsyar apa kau cakap ni? Huh!!

Tiara duduk dia atas sebuah kerusi yang selesa. Amsyar pula berada disebelah kanan dengan satu fail yang berada ditangannya.

"Awak baring boleh? Saya nak awak rasa lebih selesa" Arah Amsyar.

Tiara sedikit kalut dilihat. Bukan tak biasa tapi tiba-tiba dia rasa segan pula dengan Amsyar. Dengan pandangan lelaki tu lagi. Seram.

Amsyar ketawa kecil.

"Jangan risau, bukan baring sampai habis pun. Separa saja. Come!" Sekali lagi Amsyar menyuruh Tiara berbuat sedemikian.

Handbag Tiara Amsyar letakkan di atas sofa yang berhampiran. Tiara cuba menyesuaikan dirinya. Matanya pula hanya memandang ke depan. Pemandangan dunia luar yang dilihat melalui cermin besar pejabat Amsyar itu sedikit sebanyak membuatkan dia leka seketika.

"So this is the first time we met, right? Saya Amsyar. Doktor baru yang akan merawat awak mulai hari ini"

"Okey. Saya Tiara"

Amsyar ketawa kecil. Tiara nampak kekok lagi bersamanya. Takpelah. Sekejap je tu.

"Awak cuba untuk relax okey? Tarik nafas dan hembus" Arah Amsyar. Tiara hanya ikut.

"Jadi.. Boleh awak ceritakan pada saya apa masalah awak yang sebenarnya? Saya nak awak kongsi dengan saya tanpa rasa takut ataupun ragu-ragu. Anggap saja yang saya ni kawan baik awak. Luahkan segala apa yang awak pendam dalam hati awak tu" Minta Amsyar.

Lima minit berlalu dan Tiara masih lagi berdiam diri. Mulut Tiara bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu. Tapi, tidak terluah.

Amsyar sabar menanti. Dia tidak mahu merosakkan mood Tiara. Dia tidak mahu memaksa. Dia tahu Tiara masih belum bersedia.

"Say.. Saya.."

"Hmm.. Kenapa dengan awak?" Lembut saja suara Amsyar bercakap.

"Saya tak tau. Saya keliru. Saya blank dan saya tak tau nak cakap apa" Kata Tiara.

"Awak tarik nafas dan cuba pejamkan mata. Jangan risau. Saya takkan buat sesuatu yang buruk pada awak. Saya nak awak pejam mata dan fikirkan tentang perkara yang boleh buat awak tenang"

Tutup saja mata Tiara, Amsyar menulis sesuatu di failnya.

"Cuba ceritakan pada saya tentang zaman kanak-kanak awak. Saya cuma nak tau je. Mesti best kan? Yelah, kanak-kanak mana yang tak happy? Bebas tanpa masalah. Hidup mesti bahagia je sentiasa" Psiko Amsyar.

Dia sengaja berbuat begitu kerana mahu tahu apa yang terbuku di hati Tiara selama ini. Perasaan Tiara yang sedang dilanda 'sakit' yang teramat itu ingin sekali dia ketahui.

Amsyar melihat dahi Tiara berkerut-kerut dengan mata yang masih lagi tertutup rapat. 

"Ayah.." Tiara bersuara perlahan.

Amsyar hanya membiarkan. Tangannya masih sibuk menulis sesuatu. Sesekali, matanya memandang Tiara.

"Ibu.. Abang.."

"Tiara.." Panggil Amsyar lembut.

Jauh rasanya Tiara tenggelam dalam perasaannya sendiri. Amsyar jatuh kesian pula padanya. Tiara nampak sedih.

Precious WifeWhere stories live. Discover now