BAB 38

5.5K 327 61
                                    

"AKU lah Laura."

Laura tersenyum sinis. Sengaja dia berjalan perlahan-lahan kerana mahu mencari target yang sesuai untuk menikam anggota badan Amsyar dengan gunting itu semula.

Jari telunjuk dimasukkan ke dalam gelung gunting lalu dipusing-pusingkannya.

Sebenarnya, sejak waktu pagi lagi Laura sudah mengambil alih tubuh Tiara. Tetapi, disebabkan dia mahu meneruskan rencananya itu, maka terpaksa lah dia berlakon baik walau hakikatnya, dia terlalu jijik untuk melakukan perkara tersebut.

Tak sangka pula dia mampu untuk membawa watak Lauren selama hampir satu hari itu. Laura seorang pelakon yang hebat.

"Kau nak tau satu benda tak? Sebenarnya... ada sebab kenapa Tiara tiba-tiba berhenti buat rawatan dengan ramai pakar psikiatri sebelum ni. Sebab dia.. adalah berpunca daripada diri aku sendiri."

Laura menyelitkan gunting itu di celah seluar jeans hitamnya. Dia berpeluk tubuh.

"Aku dah lama hidup dengan Tiara. Selama ni... aku lah penjaga dia. Aku yang ambik dan kawal segala kemarahan yang dia ada. Kau nak tau sebab apa? Sebab Tiara lemah. Dia tak mampu untuk uruskan masalah hidup dia sendiri. Terutama sekali, kemarahan dan tekanan hidup dia. Jadi, aku lah yang aturkan segala-galanya untuk dia."

"Tak, Laura. Awak silap! Cara awak tu salah. Awak cakap awak jaga dia kan?Tapi apa guna menjaga kalau menyakiti, Laura? Awak sakitkan tubuh badan dia. Awak hadirkan dendam orang lain dan musuh dalam hidup Tiara. Itu ke yang awak maksudkan dengan menjaga Tiara?!"

Laura ketawa sinis.

"Aku jadikan dia seorang manusia yang kuat, doktor. Aku ajar dia cara untuk hilangkan rasa sakit yang dia pernah lalui selama ni. Kau tak tau apa-apa, jadi lebih baik kau diam jelah! Jangan nak berlagak pandai pulak!!"

Suara Laura mula meninggi.

"Awak yang sebenarnya terus menyeksa hidup Tiara, Laura. Cuma awak tak sedar je tentang semua tu. Awak hanya buat hidup Tiara seperti tiada apa-apa. Awak hanya merugikan dia sahaja. Awak yang lemah dan tak guna sebenarnya, Laura. Awak tak patut wujud dalam hidup dia, Laura."

"Kurang ajar!!"

Tempik Laura. Nafasnya turun naik kerana marah.

"Saya bercakap akan hal yang sebenarnya, Laura. Kewujudan awak seperti tiada membawa apa-apa makna pun pada Tiara. Langsung tiada apa-apa perubahan yang positif. Awak hanya memburukkan lagi sahaja keadaan." 

"Eh, doktor! Siapa yang salah dalam hal ni? Hah?!! Siapa?! Tiara yang salah! Kau faham tak?! Tiara wujudkan aku sebab dia nak lari daripada realiti kehidupan dia yang dah jahanam tu! Dia terlalu takut dan lemah untuk mengakui akan hal yang pernah berlaku pada dia dulu. Bukannya salah aku! Aku hanya nak membantu sahaja! Aku tak rugikan dia langsung, malah! Aku berikan dia satu rasa yang susah untuk dia rasa selama ni. Ketenangan. Ketenangan hidup, doktor."

Bidas Laura dengan bengisnya. Amsyar terus bertenang.

"Kenapa awak wujud, Laura? Apa yang Tiara takutkan sangat tu? Apa yang dah berlaku pada dia?"

"Kau nak korek rahsia sebenarnyakan? Heh, jangan harap lah, doktor."

Duga Laura. Dan ternyata, sangkaan Laura itu benar belaka.

"Pengecut jugak awak ni rupanyakan? Saya suruh cerita je pun. Bukannya suruh membunuh."

Amsyar membuka langkah pertama. Dia harap dengan cara dia psiko Laura ketika itu, Laura akan membuka mulutnya.

Laura kelihatan agar panas dengan sindiran Amsyar itu.

"Lelaki memang makhluk tak guna!"

Laura menyepak sofa sehingga beralih dari tempat asalnya.

Precious WifeWhere stories live. Discover now