BAB 24

5.4K 323 18
                                    

"TOLONG!! Tolong aku!!"

Tiara menjerit sekuat hati dan meronta hebat apabila cangkuk dan zip jeans hitam yang dipakai olehnya itu dibuka oleh Syuk.

Pergerakkannya dikunci. Mana mungkin gadis seperti dia mampu untuk melawan kudrat lima orang lelaki yang sedang memegangnya ketika itu. Mustahil!

"Tolong!!"

Pang!

Terteleng Tiara ke kanan. Dirinya ditampar berulang kali sehingga dia lemah. Tiara berhenti meronta. Apa yang boleh dilakukan olehnya ketika itu hanyalah menangis dan berdoa di dalam hatinya sahaja.

Ya ALLAH, tolong lah diriku ini, Ya ALLAH. Tolong. Sesiapa. Tolong aku..

Mata Tiara berbalam. Dapat dia rasakan seluarmya perlahan dilurutkan ke bawah. Tiara semakin pasrah. Matanya dipejam rapat. Air mata setia mengalir keluar daripada kantung matanya.

Telinga Tiara menangkap bunyi huru-hara suara orang. Dalam keadaan samar matanya, dapat dia lihat ramai sekali lelaki yang sedang berbalas tumbukan sesama mereka. Di saat itu juga lah badannya terasa ringan.

"Tiara. Bangun Tiara. Heyy!!"

Pipi Tiara ditepuk-tepuk oleh Aariz.

Aariz? Tiara membuka kecil matanya. Betul lah Aariz. Nanti sekejap. Betul ke ni? Ke.. Hanya mimpi?

Aariz membuka jaket kulitnya lalu dibalutkan pada tubuh terdedah Tiara. Seluar Tiara juga dipakaikan semula. Segera tubuh lemah Tiara itu dicempung lalu dibawa masuk ke dalam keretanya.

"Biar aku yang drive." Minta Amsyar setelah dia melayangkan penumbuk terakhirnya pada salah seorang rakan Syuk itu. 

Amsyar berlari ke bahagian pemandu. Mata Aariz tajam menikam ke arah lelaki-lelaki yang masih lagi dipukul oleh orang-orang suruhannya itu. Aariz memanggil Sean.

"Buat macam biasa."

"Baik, Tuan." Akur Sean.

Aariz masuk ke pintu belakang kereta. Kepala Tiara dipangku. Rambut Tiara dibelai lembut. Ketika itu Tiara sudah tidak sedarkan dirinya lagi.

Wajah sembab dan lesu Tiara ditenung. Wajah yang seakannya sedang dilanda berbagai masalah berat yang masih lagi tidak mampu diselesaikan olehnya.

Tangan kanan Tiara digenggam oleh Aariz lalu dibawa ke bibirnya. Dikucup belakang tangan Tiara lembut dan sayang sekali.

Aariz benar-benar nekad! Dia mahu Tiara menjadi miliknya. Dia sudah tidak fikir apa. Dia hanya mahukan Tiara. Tiada sesiapa pun yang layak memiliki gadis itu melainkan dia sendiri.

Tiara milik aku! Hanya aku!

■■

TIARA tersentak hebat dari lena panjangnya. Daripada terbaring, Tiara bangun dan duduk bersandar pada penghadang katil. Peluh menitik laju daripada dahinya turun ke ceruk leher dan dadanya.

Tiara diam seketika. Mimpi tu lagi. Tiara mengeluh. Dia memandang ke arah tingkap bilik yang seperti ada sinaran matahari di celah langsir yang terselak sedikit. Tiara bangkit dan menyelak langsir biliknya.

Silau cahaya matahari memancar tepat ke wajahnya. Tidak lama itu, dia tersenyum manis. Kata syukur diucap kepada sang penciptaNYA kerana diberikan kesempatan untuk bernafas lagi di atas muka bumi ini.

Katil dikemas kemudian tuala yang tersangkut diambil. Kaki dilangkah ke bilik airnya. Tuala diletakkan di atas meja sinki. Mukanya ditilik. Lebam kecil di hujung bibirnya membuatkan Tiara kembali mengeluh.

Precious WifeWhere stories live. Discover now