MERIAH suasana di vila milik Laura pada malam itu dengan riuh suara anak-anak buahnya dan keluarga Aariz. Sengaja Laura buat makan-makan pada malam itu. Dia tahu, selepas ini, mungkin tiada kesempatannya lagi untuk berbuat sedemikian rupa.
Semua ini sudah dirancang awal oleh Laura bersama dengan Zayn dan Qhir. Syukur semuanya berjalan lancar sahaja.
Ada yang sibuk berbual, menyanyi berBBQ dan... bergaduh lawan mulut? Gaduh sebab apa? Gaduh sebab nak dukung triplets punya pasal. Triplets juga bukannya jenis yang mahu duduk diam lagi. Dah ada 'kaki'. Sudah pandai berlari sana sini. Lasak bukan main tiga beradik itu. Mana maunya mereka mahu didukung. Hyperactive!
Laura mengukir senyuman tipis dibibirnya. Mata memerhati ke segenap perkarangan luas vilanya itu. Dia leka. Leka dalam khayalannya sendiri. Dia tidak sedar yang Aariz asyik saja merenung ke arahnya sejak tadi lagi dari jauh.
Aariz berjalan mendekati Laura yang sedang berdiri tegak di hadapan kolam renang sambil berpeluk tubuh. Laura masih lagi tidak sedar akan kehadiran Aariz dibelakangnya.
Dalam Aariz menyucuk jari telunjuknya dipinggang Laura. Dek kerana terkejut, Laura bertindak berpaling laju dan ingin menumbuk wjaah Aariz. Namun, Aariz lebih tangkas dengan menangkap tangan Laura dan memaut pinggan ramping Laura kemas.
Senyuman nakal dan menggoda diukir oleh Aariz pada bibirnya. Laura tergamam.
"Agile. But not too agile." Bisik Aariz ditelinga Laura. Badan Laura ditarik rapat sedikit kepadanya.
"Vicious. But not too vicious.." dengan kuatnya Aariz menarik pinggang Laura sehingga badan Lauraberlaga dengan badannya.
Dahi mereka berdua disatukan. Sengaja Aariz menggeselkan hidung mancungnya pada hidung Laura. Mata hazel memukau Aariz menikam jauh ke dalam dasar anak mata bundar Laura yang terkebil-kebil itu. Laura masih lagi tergamam. Apa yang sedang berlaku ini? Dia keliru seketika.
"Ka.. kau na.. nak apa?" Soal Laura gagap. Aariz tersenyum.
"Nak kau lah. Kau kan isteri aku. Mana boleh isteri jauh dari suami." Aariz tersengih. Laura ketawa kecil seraya menampar dada Aariz.
Gelagat mereka berdua itu diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain. Termasuklah anak-anak buah Laura. Tersenyum-senyum mereka dibuatnya. Kesempatan yang ada, Rania menangkap seberapa banyak gambar yang boleh bagi momen indah itu dengan kamera yang sejak makan malam itu bermula lagi.
Sudah semestinyalah gambar yang diambil cantik-cantik belaka kerana Rania merupakan seorang photographer di sekolahnya. Dia juga rajin mengikuti kelas-kelas untuk menjadi seorang professional photographer. Dan jika ada pertandingan pula, pasti nombor satu yang dirangkulnya.
Kerana minat yang mendalam dalam bidang itu, dia nekad mahu mencapai apa saja impian dan cita-citanya yang sudah ditanam dalam dirinya sejak awal usia dini lagi.
"Jauh kau termenung tadi. Fikir apa?" Aariz menangkat wajah Laura dengan jari telunjuknya yang berada di bawah dagu Laura.
"Termenungkan kau lah. Siapa lagi..?" suara Laura meleret manja. Dada Aariz diusap lembut. Seketika, dia ketawa geli hati apabila wajah Aariz tidak langsung beriak.
"Takde apalah. Termenung saja. Takde maksud tersirat apa-apa pun." Balas Laura bersahaja.
"Betul ni?" Aariz inginkan kepastian. Boleh percaya ke ni?
"Yes, Mr. Aariz.." Yakin Laura berkata. Aariz mengangguk.
"Jom." Ajak Aariz. Dahi Laura dikucup sekilas.

YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...