BAB 53

5.7K 357 53
                                    

"ASSALAMUALAIKUM, triplets papa.."

Aariz duduk di atas katil dan berhadapan dengan sebaris anak-anaknya yang sedang dibalut kemas dengan tuala masing-masing. Seperti baru lahir pula.

Terkapai-kapai tangan triplets apabila Aariz muncul dihadapan mereka. Teruja betul bila nampak muka papa mereka itu.

Kembar tiga itu baru sahaja habis dimandikan oleh Tiara. Muka triplets segar betul. Tersengih-sengih muka mereka bertiga. Sesekali, Aariz bermain peek a boo dengan mereka. Suara mengekek kembar tiga itu memenuhi ruangan bilik tidur Aariz dan Tiara.

Triplets sudah berumur 5 bulan setengah sejak seminggu yang lalu. Pantas masa berlalu. Tiara selalu berkata, yang seperti, baru semalam dia melahirkan anak-anaknya itu.

"Abang! Panjang umur. Memang tepat pada masanya abang sam..."

"I know, sayang.."

Belum sempat Tiara habis bercakap, Aariz sudah mencelah. Dia tersengih kepada Tiara lalu memulakan kerjanya untuk menyiapkan si triplets.

Tiara mengambil tempat disisi Aariz sambil tersenyum suka. Dia juga turut sama menyiapkan anak-anaknya itu.

"Kau boleh ke nak jumpa dia harini? Dah bersedia?"

Soal Aariz setelah agak lama dia berdiam diri. Tiara hanya tersenyum.

"Pahit untuk ditelan, tapi Tiara kena buat jugak abang. Sebelum ni pun, Tiara pernah bersemuka dengan dia. InshaAllah takde apa-apa. Abang jangan risau."

Balas Tiara.

"Semoga kau terus kuat dan tabah, Tiara. Aku kercayakan kau."

"Terima kasih abang.."

Mereka berbual tanpa memandang muka antara satu sama lain. Sambil berborak, sambil tu tangan mereka lincah menyiapkan anak-anak mereka.

"Sama-sama. Aiipp!!"

Jerit Aariz tiba-tiba. Tiara sudah ketawa sakan.

"Bertuah punya anak.."

Ujar Aariz geram. Elok saja dia dikencing oleh salah seorang kembar tiga itu dibaju T-shirtnya. Tepat mengenai sasaran tengah.

"Padan muka! Alaa, abang.. ini baru sikit. Macam tak biasa pulak. Haritu kena berak kan? Takpe abang. Ingat.. anak-anak kita ni. Diorang kecik lagi. Tak tau apa-apa. Sabar ya sayang. Okey?"

Aariz merengus. Dia berlari masuk ke dalam bilik air setelah mencuci bersih dan menyarungkan pakaian kepada salah seorang daripada triplets.

Dia kena bersihkan diri dia pula.

Diluar, Tiara dan triplets kemain mentertawakan Aariz. Yang triplets tu pula macam faham pula apa yang papa mereka baru alami itu sebentar tadi.

"Suka korang kan?!!"

Jerit Aariz daripada dalam bilik air.

GAGANG telefon dilekapkan di telinga. Tiara hanya tenang dan tersenyum sahaja.

"Ay.. ayah sihat?"

Tiara masih lagi rasa kekok. Azman mengangguk.

"Ayah sihat, sayang. Tiara macam mana? Okey?"

"Okey je ayah..."

Tiara dan Azman terdiam sebentar. Tak lama itu, Azman melekapkan tangan kananya dicermin tengah yang menjadi penghalang kepada dia dan Azman.

"Maafkan ayah, Tiara. Ayah berdosa. Ayah pernah dera kau teruk dulu. Ayah bu.. bunuh ibu dengan abang kau.."

"Cukup ayah!"

Precious WifeWhere stories live. Discover now