KERETA yang dipandu oleh Razin akhirnya tiba diperkarangan rumah agam Aariz dengan selamat.
Aariz sudah bercekak pinggang dengan muka kelatnya. Jam Rolex dipergelangan tangannya diperhati. Memang menjadi kebiasaan Aariz untuk pakai jam tangan walaupun duduk di rumah saja. Lebih mudah untuk dia melihat masa walau dimana saja dia berada.
"Aku suruh balik before 7 petang, kan? Sekarang dah nak malam dah ni. Apa cerita?" Aariz menyembur Razin dan Rania yang baru sahaja tiba betul-betul di hadapannya ketika itu. Liur ditelan. Habislah kena bebel. Silap-silap makan penampar sekali.
Razin dan Rania berpandangan. Genggaman tangan mereka pada beberapa buah plastik beg diketatkan.
"Takde Abang Aariz... yang sebenarnya memang kitorang nak balik awal dah. Tapi Baby ajak beli benda alah ni semua ha.." tangan Rania mengangkat beg plastik ditangannya.
"Apa tu?" Aariz jongket kening. Dia berpeluk tubuh. Matanya fokus pada brg-beg plastil ditangan Razin dan Rania.
"Jajan Baby. Lepastu malam ni dia kata nak masak Korean food." Razin angkat bahu. Mimpi apatah nak masak tiba-tiba malam ni.
"Baby mana?" Soal Aariz. Razin tepuk dahi.
"Abang! Baby tidur dalam kereta. Rasanya dah berdengkur kot tu. Dari balik grocery lagi dia dah tidur dah." Razin memberitahu. Dia meletakkan plastik ke bawah dan ingin bergerak ke kereta semula. Namun, Aariz menghalang. Bahu Razin ditarik perlahan.
"Biar aku yang kejutkan dia. Korang masuk dalam dulu."
Razin dan Rania akur. Mereka membiarkan sahaja Aariz yang mengehutkan Baby.
Belum pun sempat Aariz sampai ke kereta, Baby tiba-tiba keluar daripada pintu belakang kereta dan menggeliat hebat. Sambil menari pula tu. Baby terpandang Aariz. Bersinar terus mata dia jadinya. Segar bugar.
"Oppa!!!" Baby berlari pada Aariz dan memeluk leher Aariz kuat. Dia tersengih manja.
Kaki Baby terjungkit kedua-dua belahnya. Disebabkan ketinggian Aariz yang terlalu jauh bezanya dengan dia, Baby terpaksa berbuat sedemikian. Dia tidak kisah. Asalkan, dia dapat peluk Aariz.
"Oppa... rindulah... seharian tak nampak muka hensem oppa." Baby melagakan hidungnya dengan hidung mancung Aariz.
"Seronok jalan?" perli Aariz. Tangannya naik menutup kepala Baby dengan hoodie apabila mereka berdua menjadi tatapan umum oleh anak-anak buah Aariz yang berada diluar rumah.
Tambahan pula, itu melibatkan aurat Tiara walaupun sebelum ini mereka biasa melihat apabila identiti Tiara swith.
"Seronok. Tapi tak seseronok ada oppa. Hmm.. oppa." Panggil Baby. Aariz angkat kening sebelah.
"Baby mengantuk lagi ni. Nak hilanglan penat dulu sebab malam nanti Baby nak pecahkan dapur oppa."
"So?" Aariz bertanya. Baby sengih. Dia memejamkan mata dan kepalanya diletakkan di dada Aariz.
"Nak dukung. Penatlah nak jalan.."
Sekejap sahaja permintaan Baby itu ditunaikan. Bukan dengan cara mencempung. Tetapi dengan gaya piggy back. Baby melentokkan kepalanya dibahu Aariz sehinggalah dia diletakkan ke atas katil oleh Aariz dengan lembut.
Dan... dia tertidur.
SATU mangkuk ramen pedas yang terakhir diletakkan dihadapan Aariz. Macam-macam jenis makanan Korea yang Baby buat. Menyelerakan betul! Penuh separuh meja. Yang makan empat orang. Tapi makanan yang terhidang macam sepuluh orang makan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romantizm"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...