BAB 6

7.3K 403 32
                                    

"AKU rasa aku macam kenal lah kau ni. Am I right?"

Tegur suara itu lagi. Darius berdiri tegak. Pisau ditangan kanannya dilipat kembali. Darah di lengan kiri dibiarkan mengalir. Lengan baju diturunkan.

Semak betul lah! Punya lah banyak tempat dekat taman ni, sini juga yang dia nak datang menyendeng. Darius merengus geram. Spoil!

Darius menoleh dengan wajah yang nampak tertekan sekali. Wajah seorang lelaki kacak menyapa pandangannya. Ditilik tubuh lelaki itu atas dan bawah.

Ringkas saja dengan hanya memakai T-shirt biru tua dan seluar sukan Nike berwarna kelabu. Di kakinya pula tersarung kasut sukan Puma.

"Aku tak kenal kau" Jujur Darius.

Aariz ketawa sinis. Nak kenal apanya kalau dah pernah jumpa sekali je. Itupun sebab tak sengaja.

Tidak kalah juga mata Aariz turut menyorot nakal melakukan perkara yang sama pada tubuh gadis di hadapannya ketika itu. Hanya memakai set lengkap hoodie kosong berwarna hitam.

Tapi ada satu yang kurang. Ya, satu saja. Apa ya? Tudung! Tudung yang tak ada. Elok saja rambut gadis itu terikat satu walaupun agak serabai sedikit. Tapi, tetap cantik di mata Aariz.

Tidak kelihatan sangat. Maklumlah, tiang lampu di taman itu pun bukannya dipasang di setiap tempat. Cukuplah sekadar menyinari di beberapa bahagian yang penting sahaja.

"Kita pernah jumpa dekat kedai mini Lake Garden minggu lepas. Aku lah lelaki yang kau langgar tu. Ingat?" Soal Aariz dengan nada yang serius.

Dia pun pelik. Dia datang ke taman itu untuk lepak-lepak dan tenangkan fikiran. Nak berjongging juga tapi dibatalkan niatnya itu setelah ternampak gadis itu duduk berseorangan.

Alang-alang dah pernah jumpa sebelum ni, boleh lah masuk line sikit. Dia juga bosan dan memerlukan teman untuk bersembang. Nasib baik jumpa dekat sini.

Tapi kenapa dia nak kisah pula ya? Tak penting rasanya. Entahlah. Ada magnet kot dekat perempuan ni. Sampai dia pun boleh tertarik untuk mendekati.

"Sorry. Tapi aku still tak kenal kau ni siapa"

Darius berlalu meninggalkan Aariz di tempatnya. Aariz masih belum puas lagi mahu berbual dengan gadis itu. Lengan kiri Darius ditarik kasar.

"Aww!!" Darius mengaduh sakit. Keras suaranya.

Lengan kirinya dilihat. Kalau dia pakai baju warna yang terang pasti sudah nampak tompokan darah.

Aariz melepaskan cengkamannya apabila Darius bersuara sakit.

"Tiara"

Serentak Aariz dan Darius menoleh ke arah suara itu. Sofea.

"Tiara, jom balik. Kau mesti penat kan? Jom" Ajak Sofea. Lengan Darius ditarik. Dia tidak mahu merumitkan lagi keadaan. Sofea kenal wajah Aariz.

Lagi haru dibuatnya jika lelaki itu mahu tahu apa yang tidak sepatutnya dia tidak tahu. Manalah tau kan? Manusia ni macam-macam perangai.

Darius melepaskan pegangan itu dengan kasar.

"Kau ni siapa pula?" Soal Darius bingung.

Tadi lelaki disebelahnya ini. Sekarang perempuan yang entah dari mana datangnya pun dia tidak tahu.

"Kita balik dulu ya? Kita balik rumah kau. Okey?"

Senyuman manis terukir dibibir Sofea. Darius terdiam. Dia lelaki. Jadi, dia mudah tersentuh dengan senyuman manis daripada seorang gadis.

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang