BAB 23

5.5K 278 17
                                    

LONGLAI langkah kaki Aariz apabila menapak masuk ke dalam biliknya. Jaket kulit hitam ditubuh dibuka lalu dicampak kuat ke dinding.

"Tak guna!!" Jerkah Aariz.

Rambutnya diramas kuat kemudian ditarik. Deru nafas Aariz berbunyi kasar. Wajahnya merah menyala.

"Kalau tak setuju sekalipun, at least datang jelah lepastu bagitau direct je dekat aku. Ini tak! Tiga jam aku tunggu dia dekat taman tu tapi tak muncul-muncul langaung! Kau memang perempuan tak guna, Tiara.  Kau memang perempuan tak guna!!"

Aariz terduduk dibirai katil. Mukanya ditekup dengan kedua belah tangan. Hatinya sakit apabila dipermainkan begitu. Disangkakan Tiara lain daripada perempuan yang dia pernah kenal sebelum ini. Ternyata tekaannya salah. Tiara juga sama sahaja seperti mereka.

Hipokrit!

Tok! Tok!

Aariz merengus geram. Time-time macam ni lah ada orang nak masuk. Kacau daun betul lah!

"Masuk!"

Pintu biliknya dibuka. Terpacul Amsyar di muka pintu bilik Aariz. Amsyar memandang pelik pada Aariz. Dia berjalan mendekati Aariz yang kelihatan berserabut.

"Pahal ni? Ada apa-apa yang kau nak share dengan aku? Mana tau kot-kot aku boleh tolong ke" ujar Amsyar sambil berpeluk tubuh. Dia berdiri dihadapan Aariz.

Keluhan berat terbit dibibir Aariz. Sekilas matanya memandang Amsyar. Sekali lagi dia mengeluh. Amsyar ketawa kecil. Berat sangat masalah abangnya itu nampaknya.

"Pasal Tiara?" Teka Amsyar. Dia duduk disebelah Aariz.

Aariz mengangguk. Amsyar hanya menyimpul senyuman tipis.

"Kenapa dengan dia? Dia buat apa dekat kau sampai kau nak marah macam ni?"

"Dia tak datang jumpa aku pun harini.."

Amsyar angkat kening sebelah.

"Dia lupa kot."

"Aku tak rasa dia lupa. Tapi aku rasa yang dia cuba lari daripada aku. Aku text and call tapi dia tak reply apa-apa pun. Senyap sepi macam tu je"kata Aariz pasrah.

Amsyar senyap seketika. Dia teringat akan penyakit Tiara itu.

Mungkin sekarang ni bukan Tiara yang tengah mendiami diri dia. Tapi identiti dia yang lain. Kalau macam tu, nampaknya dah lama lah si Tiara tu tak muncul.

Oh ya!

Mata Amsyar berkelip-kelip beberapa kali. Sebenarnya, ada sesuatu perkara yang lebih penting yang ingin dia sampailan kepada Aariz.

"Bro, Sofea dengan Lea baru je dimasukkan ke hospital minggu lepas." Ujar Amsyar laju.

Aariz berfikir sejenak.

"Diorang berdua tu kawan Tiara kan?"

"Yes. Dan kedua-duanya dipukul teruk..."

Amsyar mengantungkan ayatnya.

"Oleh Tiara." Sambung Amsyar lagi.

"What?! Nonsense!" Aariz menidakkan tuduhan Amsyar itu.

Tak mungkin Tiara mahu berbuat sedemikian rupa kepada dua kawan karibnya itu.

"Aku serius ni, Aariz. Aku tak tipu. Sofea call aku pagi tadi. Dia cakap, dia masih lagi ditahan di wad selepas Tiara pukul dia untuk kali yang kedua pada malam dimana Sofea jaga Lea di wad last week.."

Precious WifeWhere stories live. Discover now