HARI berganti hari. Dan hari ini juga, genap sudah 2 minggu Tiara tidak sedarkan dirinya kerana mengambil ubat tidur dengan dos yang berlebihan.
Tiara juga tidak tahu. Adakah mungkin dia masih hidup ataupun tidak di atas muka bumi ini.
Telinganya yang selama tempoh 2 minggu ini seakannya tuli kini semakin luas dan terbuka pendengarannya. Mata cuba dibuka dengan pandangan yang kabur. Tidak tahu mengapa, air mata mengalir deras keluar daripada kedua belah matanya disaat itu.
Bebola mata digerakkan ke sana, sini. Namun, anggota badannya lumpuh tidak mampu digerakkan. Seakan ditindih sehingga dia tidak mampu untuk bercakap.
Simptomnya sama seperti sleep paralysis (kelumpuhan tidur). Mungkin kerana selama 2 minggu itu dia hanya terbaring kaku sahaja di atas katil hospital.
Tiara cuba menggerakkan bahagian tubuh tang paling asas sekali jika terjadi perkara sedemikian iaitu tangan dan jari-jemarinya tetapi dia gagal. Dia pernah juga berhadapan dengan situasi sebegini walaupun tidak selalu dan Tiara tahu cara untuk mengendalikannya.
Tetapi, mengapa sekarang ini dia tidak boleh melakukannya? Semakin hiba Tiara menangis. Seksanya, sampai tak boleh nak bercakap.
"Ermm.."
Tiara menoleh ke sisinya dan melihat Aariz terjaga daripada tidurnya. Dengan drastiknya Aariz berdiri dan memegang wajah Tiara.
"Alhamdulillah kau dah sedar, Tiara."
Aariz meraup mukanya dengan senyuman. Hanya dalam beberapa saat sahaja senyumannya itu mati terus apabila terlihat air mata Tiara mengalir lebat dan wajahnya seperti merayu meminta pertolongan daripadanya.
"Kenapa ni Tiara, hm? Why are you crying? Say something to me!"
Digenggamnya tangan Tiara yang sejuk itu. Terus ditekannya butang merah di dinding yang berada diatas kepala Tiara.
Tak lama itu, Erin masuk dengan dua orang jururawat bersamanya.
"What happen, Aariz?"
"I don't know. She didn't talk and just cried." Balas Aariz.
Erin meminta agar Tiara bertenang. Aariz pula sudah beranjak tempat ke hujung kaki Tiara.
Erin sudah biasa berhadapan dengan situasi begini. Terutama sekali pesakit yang koma dan telah pun menyedarkan diri mereka. Ini adalah perkara biasa baginya.
"Tiara, cuba you gerakkan semua jari tangan you one by one and slowly okay? Cuba buat." Erin memberi arahan dan Tiara hanya mengikut.
Berhasil!
"Okey sekarang ni jari kaki you pulak."
Berjaya sahaja menggerakkan kesemua anggota tubuhnya, Tiara mengeluarkan esakkannya. Aariz merapati dan segera memeluk Tiara.
Menggigil-gigil tangan Tiara mahu membalas pelukan itu semula.
"Syyhhh.. Don't cry, wife. Don't be scared. I'm here with you right now. Hm? Syyhh.. Calm down, calm down..."
Pujuk Aariz dengan usapan lembutnya pada belakang tubuh Tiara.
■■
"SAYA mintak maaf, Aariz."
Aariz mencium dahi, pipi dan bibir Tiara terlebih dahulu sebelum dia duduk disisi katil.
"Why?"
YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...