"SPLIT personality?"
Aariz sedikit menjerit. Yang pastinya, dia memang terkejut. Amsyar mengangguk.
"Yup! Split personality or dalam erti nama lainnya, D.I.D (Dissociative identity disorder). Aku pernah ceritakan dekat kau kan tentang kisah Billy Milligan iaitu salah seorang pesakit D.I.D yang berasal daripada Amerika tu?"
Aariz mengangguk. Amsyar selalu juga berkongsi cerita tentang kisah benar pesakit mental dan jenis-jenis penyakit mental yang ada. Sebab itulah dia boleh tahu serba sedikit.
Sekurangnya, dia ada lah juga kesedaran tentang penyakit dan kesihatan mental itu. Bagi Aariz, ilmu psikologi itu menarik. Namun semasa di Universiti, dia tidak cenderung ke arah itu. Dia lebih kepada bidang perniagaan sama seperti ayahnya, Ayden.
Manakala Amsyar pula memang sejak kecil lagi sudah menetapkan cita-citanya mahu menjadi seorang psikiatri. Amsyar selalu cakap yang dia mahu bantu orang yang ada masalah mental.
Sebabnya, penyakit mental itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya jika apabila pengidapnya membuka cerita dan tumpuan orang rapat yang sedar terhadap perubahan tingkah laku dan gaya hidup pesakit sahaja yang boleh mengesyaki tanda-tanda awalnya.
Melihat Ayden yang sering mengamuk itu jugalah yang menyedarkan Amsyar. Sehingga lah apabila dia sudah dewasa, ternyata, ayahnya itu memang ada masalah seperti itu. Syukurlah ayahnya sudah pulih. Kadang itu, terlepas juga. Tak mengapa lah, asalkan.. tidak seteruk dahulu.
"Ingatlah jugak sikit-sikit. Punca dia boleh dapat penyakit tu sebab apa eh? Aku lupa lah.."
"Billy telah didera dari segi fizikal dan seksual oleh ayah tirinya sejak kecik lagi secara berulang kali. Dan disebabkan itulah, dia boleh ada D.I.D. Hidup dalam keadaan trauma yang kuat dan jiwa yang bercelaru akhirnya membuatkan Billy memecah-belahkan personaliti dan mewujudkan identiti-identiti yang baru. Semua itu dilakukan hanya lah untuk menghilangkan rasa 'sakit' yang telah dia alami sebelumnya." Terang Amsyar mengenai penyakit mental itu.
"Macam mana pulak dengan Tiara? Apa yang dah berlaku dalam hidup dia sampai dia boleh ada penyakit tu?"
"Aku belum diagnosis dia sepenuhnya lagi, Aariz. Tapi aku akan carik tau punca dia jugak nanti. Jawapan tu pasti ada. Kena lah sabar sikit."
Amsyar menyedapkan hati Aariz. Bukan mudah sebenarnya untuk mendiagnosis seseorang itu mengidap D.I.D. Penyakit itu amat langka untuk berlaku di dunia ini.
Memang memerlukan usaha dan perjuangan yang tinggi untuk melakukan kaji selidik dan rawatan secara berlanjutan terhadapa pesakit itu.
Ianya juga akan memakan masa yang terlalu lama dan bergantung pada kondisi pesakit itu dalam tempoh masa untuk mereka sembuh semula.
"Tapi apa yang aku perasan masa mula-mula rawatan dulu.. Tiara tak suka bercakap mengenai zaman kanak-kanak dia termasuklah ay.."
Kata-kata Amsyar mata. Dia ingat lagi apa yang pernah dikatakan oleh Tiara semasa rawatan mereka dulu.
"Apa?"
Soal Aariz dengan kerutan di dahinya.
"Ayah dia. Ayah dia adalah salah satu bahan cerita yang selalu Tiara mengelak untuk bercakap mengenainya. Tiara seboleh-bolehnya cuba tukar kepada topik perbualan yang lain. Lagi satu... Dia pernah cakap yang dia bencikan ayah dia."
"Macam mana kau tau?"
"Sebab aku macam pernah dengar dia cakap benda tu walaupun tak jelas. But it's okay. Kau jangan risau. Aku akan teruskan rawatan ke atas dia. Aku akan rawat dia sampai sembuh. Sekarang ni kau dah jadi suami dia, Aariz. Cubalah buat Tiara tenang, buat diri dia tu bermakna dalam hidup kau, bahagia kan dia dan buat dia rasa dia disayangi. Kau kena lah mainkan peranan jugak." Pesan Amsyar. Dia tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...