BAB 81

4.6K 309 24
                                    

"LEPASLAH! Apa main peluk-peluk orang sesuka hati je ni? Rimas tau tak?!" Marah Laura. Kedua belah tangan Aariz yang memeluk pinggangnya dirungkaikan.

Dapat juga Aariz mencarinya disini. Serasa Laura, jauh juga dia merantau. Kecil betul dunia ni.

"Ohh.. bila suami sendiri peluk rimas. Tapi bila lelaki lain yang peluk suka pulak. Siap balas lagi. Lupa daratan rupanya kau ni." Aariz memerli. Dia bercekak pinggang dihadapan Laura yang sedang menyusun cawan kaca di dalam dulang untuk dibawa ke laman luar bagi acara minum petang mereka bersama.

"Mana ada. Apa kau ni? Dia tu abang sedara Tiara. Lagipun, aku memang dah lama kenal dengan dia tu.."

"Jadi dia taulah pasal korang semua?"

"Yes! Dia dulu sebelum kau!" Balas Laura geram. Kenapa dia rasa marah pada Aariz agaknya? Entahlah. Dia pun tak tau. Laura hanya ingin.... dibenci?

Laura berjalan keluar daripada dapur dengan dulang dirangannya itu. Belum pun sempat dia keluar, Aariz sudah menarik lengannya. Cawan hampir saja jatuh meneyembah lantai. Mujur saja Laura bertindak pantas mrngimbang semula cawan-cawan itu termasuklah dirinya.

"Kenapa kau cuba lari daripada aku. Kenapa kau selalu menghilangkan diri daripada aku secara tiba-tiba? Memang sikap kau macam ni ke, Laura? Pergi dan datang senyap-senyap je. Tau-tau hilanh, tau-tay je muncul balik. Apa masalah kau sebenarnya ni? Kau fikir aku tak risau ke, hah?!" Marah Aariz. Dia masih lagi memegang lengan Laura.

Kasar Laura letak dulang yang ditatang itu ke atas meja kembali. Dia menarik semula tangannya yang dipegang oleh Aariz dan melangkah ke belakang beberapa tapak.

"Eh, Aariz. Hidup aku, suka hati akulah! Aku berhak untuk buat apa saja dengan diri aku. Jadi jangan nak menyibuk masuk campur. Takkanlah setiap saat aku nak kena update dekat kau man aku pergi dan apa yang aku buat?!" Laura melenting. Nafasnya turun naik dengan pantas.

"Memang itupun hakikatnya. Kau je yang masih tak sedar-sedar lagi siapa diri kau tu sebenarnya. Aku tak nak kau buat sesuka hati je. Wake uplah Laura! Kau adalah Tiara dan bukannya orang lain!"

"Aku bukan Tiara dan aku adalah aku! Jangan sampai aku buat kau dan Tiara takkan boleh bersama lagi dekat dalam dunia ni! Masa tu... kau nak mrnangis air mata darah sekalipun dah tak gunalah sial!!"

"Laura!!" Aariz cengkam rahang Laura dengan kuat. Renungan maut antara mereka berdua jelas terpampang api kemarahannya.

"Kau jangan cuba-cuba nak buat benda bodoh sama sekali. Kalau tak.." kata-kata Aariz mati apabila Laura memotong percakapannya.

"Kalau tak, apa?" Gesa Laura. Aariz senyum sinis. Ditiliknya tubuh Laura atas bawah. Bibirnya dibawa rapat ke telinga Laura.

"Sedar diri sikit yang kau tu hanya 'penumpang' dalam badan Tiara. Tak lebih daripada tu. Kau... hanyalah khayalan Tiara semata-mata. Kau hanya wujud di dalam dunia fantasi dia. Tapi bukan di dunia realiti. Jadi aku nak ingatkan kau satu perkara. Tolong jangan buat tubuh badan Tiara ni macam hak milik kau. Sebab, penumpang, kenalah buat cara penumpang. Jangan berlagak nak jadi tuan rumah pulak. Hm?" Aariz membelai rambut Laura. Dia berundur ke belakang semula.

"Hei, pandang aku." Arah Aariz apabila dia lihat Laura menunduk dengan mata yang berkaca. Bibir Laura menggigil halus.

Aariz rasa serba salah ketika itu. Salah dia juga kerana terlalu ikutkan hati bila bercakap. Tak pasal-pasal mulut bisanya itu keluar secara automatiknya.

"Heyy.." Aariz mencuit hidung Laura tetapi Laura menepis kasar.

"Aku benci kau, Aariz.." Laura bersuara geram. Badan Aariz dilanggar sebelum dulang di atas meja kembali diambil dan dibawa keluar bersamanya.

Precious WifeWhere stories live. Discover now