"BANGUN!"
Terdengar keras suara itu bercakap. Tiara terpisat-pisat. Pandangannya berbalam sahaja. Kepalanya masih lagi berdenyut sakit.
Dengan lemahnya Tiara menoleh ke arah kirinya. Cermin kaca hospital itu dilihat.
Mesti dia ada dekat situ. Tiara bangkit dan duduk di atas katil. Kakinya dibiar terbuai ke bawah. Dengan wajah tiada riak Tiara membalas pandangan penghuni badannya itu. Laura.
"Nak apa?" Tanya Tiara perlahan.
"Sakit?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Sakit apa?"
"Kepala kau"
"Sikit." Balas Tiara ringkas.
"Jiwa?" Sindir Laura.
Tiara menjeling. Malas mahu layan. Ada saja benda yang boleh menyakitkan hati kalau Laura bercakap.
Laura senyum sinis. Bayangannya dicermin kaca itu keluar dan dia berjalan mendekati Tiara yang sedang menunduk. Laura berpeluk tubuh.
"Weak." Sinis Laura mengejek.
Tiara merengus marah. Dijelingnya Laura tajam.
"Jangan mulakan Laura. Aku tak nak gaduh dengan kau"
"Aku dah cakap kan. Lebih baik kau 'tidur' je. Biar aku yang ambik alih secara keseluruhannya. Kau patut beruntung sebab kau ada aku tau. Kau dijaga rapi. Keselamatan kau sentiasa terjamin. Buat apa kau nak takut lagi? Senang dah hidup kau aku buat" bangga Laura bertutur.
Tiara senyum sinis. Kepalanya digeleng banyak kali.
"Keselamatan? Aku? Heh! Lupakan lah Laura. Ni lagi satu. Kesenangan apa yang aku dapat Laura kalau kau yang menguasai? Hm? Cuba bagitau sikit. Aku nak dengar alasan logik kau tu" Tiara juga tidak mahu kalah.
Laura mendongakkan wajah Tiara kasar. Tiara hanya membiarkan. Dia malas mahu melayan. Laura panas baran. Cakap sikit pun dia boleh melenting.
"Kau tau yang aku ni tak suka mengungkitkan? Jadi jangan paksa aku. Selama ni aku yang jaga kau. Aku bersama dengan kau hampir 17 tahun Tiara. Segala rasa takut dan perasaan yang boleh buat kau jadi gila, semuanya aku yang tanggung. Kau? Kau mampu ke nak lawan semua perasaan tu? Tak kan? Sebab apa Tiara?"
Laura mendekatkan bibirnya ke telinga Tiara.
"Sebab kau lemah.." bisik Laura. Bisikan yang penuh dengan nada menyindir. Tiara terdiam.
Mungkin betul apa yang Laura cakap kan. Aku yang lemah. Aku tak mampu melawan kembali perasaan tu. Aku mengharapkan dia. Kau lemah Tiara.
"Kenapa diam? Betulkan apa yang aku cakap kan?" Soal Laura.
Dia menjauhi Tiara apabila wajah gadis itu berubah mendung. Dia benci melihat wajah sedih Tiara.
"Aku hampir dapat jejaki orang tua tu Tiara. Tak lama lagi, kita akan menang. Kita semua akan menang, Tiara"
"Sudah lah Laura! Cukuplah dengan semua dendam tu! Aku dah tak nak buat semua tu lagi. Tapi kau yang asyik paksa aku untuk buat!" Marah Tiara.
Wajah Laura berubah bengis. Tiara memang tak sedar diri.
"Berapa kali aku nak ingatkan kau, hah?! Apa motif kau wujudkan aku dalam hidup kau Tiara?! Apa lagi kalau bukan sebab dendam kesumat kau tu!! Jangan lupa diri Tiara. Semua ni berpunca daripada diri kau sendiri! Kau punca semua ni berlaku! Kau yang mulakan! Salah kau!!" Giliran Laura pula yang menengking.
Tiara sudah menutup kedua belah telinganya. Kepalanya diketuk-ketuk dengan kuat. Tiara bertindak luar kawalan. Dia menggigit tangannya sendiri. Dia mahu meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu lagi ketika itu. Kewarasan masih ada walaupun sudah tipis.
YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...