BAB 36

5.2K 301 27
                                    

KECOH suasana dimeja makan pada pagi itu dengan suara Lauren, Sofea dan Lea dengan cerita masing-masing.

Aariz menuruni anak tangga setapak demi setapak sambil matanya memerhati Lauren yang sedang ketawa sakan itu.

Aku rindukan kau Tiara. Senyuman kau.. gelak ketawa kau.. semuanya aku rindu.

"Morning.."

Ucap Aariz seraya duduk dihadapan Lauren.

"What to eat, husband?"

Lauren tersenyum manis. Aariz memalingkan pandangannya ke bawah seketika. Boleh tergoda ni. Kang tak pasal-pasal jadi juga dekat meja makan nanti.

"Tak kisah."

"Hmm.. aku ada teringat sesuatu. Tiara pernah cakap yang makanan favourite kau time pagi nasi goreng kampung extra pedas kan? Ni! Aku ada masakkan. Sorry lah kalau masakan aku tak sama macam masakan Tiara. Yelah, aku ni siapa je. Tiara tu pulak isteri kau. Air tangan dia mestilah lagi sedap dan nikmat kan? Mujarab lagi tu."

Ujar Lauren sambil menyendukkan beberapa senduk nasi goreng kampung yang masih panas itu lagi ke dalam pinggan Aariz. Cawan berisi air kopi juga turut dihulurkan.

"Korang. Kitorang balik dulu ya? Pukul 10 nanti nak kena bukak kafe pulak. Kitorang nak balik bersiap apa semua lagi. Itupun dah makan masa yang lama. Nanti kalau sempat, balik kerja kami singgah sini tau."

Ujar Sofea. Dia berdiri dan terus menerpa ke arah Lauren dan memeluk kawannya itu.

"Lauren. Jaga Aariz baik-baik tau. Kesian dia. Macam mati bini je aku tengok."

Bisik Lea ditelinga Lauren. Sofea yang mendengar terus manarik kuat telinga Lea disebalik tudung yang dipakainya. Lauren hanya ketawa sahaja.

"Mulut kau ni kan.. kalau Aariz dengar macam mana?"

Giliran Sofea pula yang berbisik. Risau Aariz dengar. Ketika itu, Aariz sudah bergerak ke arah dapur sambil membawa pinggannya dengan senyuman kecil dibibirnya.

Makan dekat dapur lagi tenang daripada dijadikan bahan bualan hangat tiga sahabat itu.

Bukannya dia pekak lagi. Dia dengar je. Cuma saja dia buat-buat tuli.

"KAU tengok apa tu?"

Aariz mengunci pintu bilik lalu berjalan mendekati Lauren di atas katil. Aariz memanjat naik ke atas katil dan terus memaut bahu Lauren.

Lauren punya sifat, hampir sama demgan Tiara. Cumanya, Tiara lebih lembut dari segi percakapan dan sifat aslinya jika nak dibandingkan.

"Tengok gambar Tiara masa kecik."

Lauren menyelak ke muka halaman sebelah. Dia tersenyum sendirian. Comel sungguh Tiara sewaktu kecil. Semakin dewasa, semakin cantik pula Tiara jadinya.

"Tiara baik-baik jeke?"

Aariz menyoal sebak. Lauren menoleh pada Aariz disebelah. Album gambar diutup kemudian diletakkan disebelah meja katil.

"Kenapa ni, hm? You nak share apa-apa ke dengan I?" Lembut Lauren menyoal.

Bahasa panggilannya juga sudah diubah serta-merta.

"Nothing.."

Lauren tersenyum tipis.

"It means everything, Aariz. Come on, just share it with me. I am here for you. Do not worry."

Lauren masih lagi memujuk. Dia tahu hati Aariz ingin mengatakan sesuatu kepadanya. Tetapi, semua itu diselindungkan disebalik senyuman palsu lelaki itu.

Precious WifeWhere stories live. Discover now