TOK! TOK!
Sofea mengetuk pintu bilik pejabat Tiara sebelum membukanya daripada luar.
"Babe! Cakap nak balik awal harini kan? Tunggu apa lagi?" rungut Sofea. Dah janji lupa pula.
"Balik awal? Kenapa?" Soal Tiara. Pen ditangan diletakkan di atas mejanya.
"Kau sendiri yang request semalam dalam group whatsapp kan? Harini nak tutup kafe pukul 3 sebab ada hal. Hal apa?" Sofea mengingatkan Tiara semula tentang chat yang dihantar di dalam group whatsapp kafe Tiara itu.
Jujur Sofea katakan, dia pun tak tahu apa hal sebenar Tiara itu. Yelah, sampai nak tutup kafe awal bagai.
"Staff semua dah balik ke?"
"Dah. Sekarang dah pukul 3:30 petang, Cik Tiara oii!! Diorang balik pukul 3 tepat tadi. Yelah, siapa he yang tak nak balik kerja awal kan? Kau sorang je yang terhegeh-hegeh nak buat kerja sampai lupa dunia luar" perli Sofea.
Tiara membaling pen diatas meja itu kepada Sofea. Sofea hanya ketawa sahaja.
"Babe! Cakaplah!" Desak Sofea.
"Cakap apa?"
"Hal kau yang penting sangat tu"
"Ohh.. Aku just nak sepent time dengan kau dan Lea je. Tak salah kan? Pergi shopping.. Makan-makan. Jom!" Tiara mengemas meja kerjanya. Beg tangan dan telefon bimbit di atas meja diambil.
"Mentang-mentanglah dia bos. Suka hati je eh? Oh patutlah Lea sibuk nak ikut kita harini. Rupa-rupanya, ada udang disebalik Maggie kari " kata Sofea.
"Tak habis-habis dengan Maggie kari kau. Ni, Lea mana?" Tanya Tiara sebaik sahaja pintu kafenya dikunci.
"Dalam kereta"
Masuk sahaja ke dalam kereta, Lea tiba-tiba bersuara.
"Wey korang. Boleh berhenti Petronas ke mana-mana tak? Aku dah tak tahan dah nak kencing ni" resah Lea bertanya.
"Lah kau ni. Tadi tak nak kencing dalam tandas kafe. Ni dah kunci pintu baru nak cakap" ujar Sofea seraya menghidupkan enjin kereta.
"Jangan salahkan aku. Salahkan pundi kencing aku ni ha. Mengada! Tadi tak rasa nak kencing, sekarang nak kencing pulak. Korang lah ni lama sangat dekat dalam tu buat apa?"
"Eh! Aku tak eh. Tiara ni ha! Hilang ingatan pulak dia. Kau tu pun mengada je lebih. Macam budak-budak!" Marah Sofea.
"Eh, eh! Kita pulak yang kena balik" balas Lea.
"Ya ALLAH.. Korang, sudah lah tu. Kau salahkan dia, dia salahkan kau lepastu salah aku pulak. Bila nak habisnya kalau macam ni? Dahlah. Fea, depan tu ada stesyen minyak. Berhenti je dekat situ" kata Tiara.
Ini kalau dibiarkan lagi, mau terbelah dua kereta dibuatnya. Ribut habis.
Lea menjelirkan lidahnya pada Sofea. Sofea sudah mengangkat penumbuk pada Lea. Tiara buat muka garang.
"Sudah aku cakap" kata Tiara dengan nada yang serius.
■■
KELAM-KABUT Lea turun daripada kereta sambil membuka cangkuk semuar jeansnya. Tiara dan Sofea hanya ketawa dari dalam kereta melihat telatah clumsy Lea itu. Tak tahan betul tu.
"Semalam macam mana?" Soal Sofea tiba-tiba. Tiara pandang Sofea. Sepupunya itu hanya senyum penuh makna.
"Apa? Kenapa dengan semalam?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...