BAB 52

6K 420 105
                                    

MR. JOE sudah tidak tentu arah duduk diatas seat kereta itu. Sekejap dibaring sekejap dia mencangkung. Mata Aariz juga sudah semak melihatnya.

"I am a man. I'm strong. It doesn't hurt.. it doesn't hurt.."

Mr. Joe sedang berusaha untuk psiko dirinya sendiri. Dia bergendang di dashboard kereta. Peluh sudah banyak menitik ke bawah.

"I'm sorry, Tiara. I have to go. The pain is getting worse.."

Kata Mr. Joe. Dia memejamkan matanya rapat.

"Aduhh!! Asal aku pulak yang kena ni? Mr. Joe ni nak mampus ke apa?!"

Marah Darius. Sempat Darius mengetuk kepalanya sebelum dia menghilang.

"Apahal kita orang pulak yang kena ni? Woi! Sakitlah!!"

"Aduhhh.. apahal sakit sangat ni? Ibu.. tolong Mir ibu.."

Giliran Fiq dan Mir pula yang bersuara.

"Erghhh.. aku tau nak suruh siapa. Mir! Jom blah!"

Ujar Fiq.

"Ooopppaaaa!!! Sakiiittt!!!"

Baby menjerit sekuat hati sambil menarik-narik rambut Aariz dengan kuat.

Sudahnya, Baby dan Aariz dua-dua main lawan menjerit di dalam kereta.

"Lepaslah! Aku nak bawak kereta macam mana ni?!

Ujar Aariz geram. Dia pun sudah tidak ambil peduli lagi siapa yang akan keluar selepas ini.

"Ni semua salah oppa. Siapa suruh rogol budak bawah umur?! Tak pasal-pasal Baby yang kena tanggung sakit ni.."

"Masalah betul lah kau ni, Baby! Bertenang boleh tak?!"

Marah Aariz. Akhirnya, dia berjaya melepaskan tangan Baby daripada terus mencengkam rambutnya.

"Luna tak.. tak sanggup.. Luna kecik lagi.."

Luna muncul sekejap sahaja kemudian, dia terus berganti tempat dengan Lauren.

Kini, mereka tiba dihadapan pintu masuk hospital. Adriana dan teamnya sudah bersiap sedia dengan katil tolak dan alatan yang lain.

"Are you okay, Lauren."

"Huu.. yeah, I'm okay, Aariz. I'm okay.."

Aariz keluar daripada kereta dan menuju ke bahagian pintu penumpang hadapan. Dia harus mencempung Lauren kerana dia tahu, Lauren sudah tidak mampu untuk bangun apatah lagi berjalan. Perut juga semakin sarat dan jatuh.

"Takpayah. Aku boleh jalan sendiri. Aku Laura."

Sempat Laura memperkenalkan dirinya kepada Aariz. Tergamam Aariz seketika. Ambik kau! Sekali semua identiti keluar serentak. Sedang elok Laura berdiri, dia menunduk sedikit dan memegang perutnya.

"Arhh.."

"Biar aku je yang dukung kau."

"Abang? Ap.. apa ni? Tiara dekat mana ni?"

"Huh, syukurlah kau yang keluar akhirnya. Tiara, kau nak bersalin dah ni. Kita dekat hospital. Cepat!"

Aariz mencempung tubuh Tiara. Dan Tiara pula, masih lagi keliru. Sakit diperutnya semakin beransur hilang. Kadang-kadang sahaja sakitnya datang.

Rania turut membontoti daripada belakang dengan membawa beg-beg keperluan Tiara dan bakal cahaya mata Aariz dan Tiara itu nanti.

AARIZ mengucup bayi mereka yang terakhir lalu diletakkan di atas katil bayi semula. Ketiga-tiga bayi itu kelihatan suci dan bersih sekali. Wajah triplets yang putih kemerahan itu, seakan-akan bercahaya dan berseri-seri apabila dilihat.

Precious WifeWhere stories live. Discover now