BAB 72

4.6K 353 31
                                    

LUNA tersenyum dengan hasil lukisan dia sendiri. Berus lukisan diletakkan di atas palet warna yang digunakan tadi. Apron yang tersarung ditubuhnya dibuka lalu dilipat kemas di atas meja.

Kaki dilangkah keluar daripada sebuah bilik khas untuk melukis jika dia yang muncul. Berterima kasih pada Aariz kerana memberikan bilik itu padanya. Setiap identiti yang Tiara ada diberikan seorang satu bilik untuk privasi masing-masing. Aariz pun tidak kisah langsung. Rumah besarlah katakan. Bilik banyak pula tu.

Luna membuka sedikit pintu bilik Aariz. Dilihat Aariz sedang duduk dibirai katil dengan hanya berseluar pendek. Rambut Aariz pula basah. Mungkin dia baru sahaja selesai mandi kerana baru pulang daripada tempat kerjanya.

Aariz mengangkat wajahnya yang menunduk tadi apabila Luna mengenggam erat tangan kanannya. Aariz tersenyum. Iphone ditangan kirinya diletakkan di atas katil. Aariz berdiri.

"Anything?" Dahi Luna dikucup lalu dibelai lembut rambut yang diikat gaya loose braids itu. Tocang panjang Luna dibawa ke hadapan di dada kirinya.

Aariz mengangkat kedua belah tangan Luna yang tercalit dengan bermacam warna water colour di beberapa bahagian tangannya. Aariz hanya tersenyum. Baru habis melukis lah ni. Dari gaya rambut Luna pun Aariz boleh tahu siapa dia.

"Ikut Luna sek.. sekejap boleh?" Kening diangkat pada Aariz.

"Mana?"

Luna tersenyum manis dan dia terus membawa Aariz keluar. Tautan tangan mereka berdua semakin erat.

"INI hadiah untuk Abang Aariz dan keluarga.." Luna melemparkan senyuman pada Aariz disisinya.

Mata Aariz masih lagi leka melihat pada tiga buah lukisan berukuran sederhana besar itu dengan bibirnya yang tidak lekang daripada senyuman manisnya itu.

Pada lukisan pertama adalah gambar dia sendiri. Beralih pada lukisan kedua adalah dia dan Tiara. Dan lukisan yang terakhir adalah gambar Aariz, Tiara dan triplets. Ketiga-tiga lukisan itu disusun sebaris.

"Luna harap... Abang Aariz akan jaga lukisan ni baik-baik. Kalau rindu... tengoklah lukisan ni. Ya?" Lancar kali ini pertuturan Luna.

Luna yang merupakan identiti yang mengalami masalah disleksia itu pada awalnya tidak fasih bertutur dan tidak boleh langsung membaca. Tetapi, setelah The Last Man dan Mr. Joe mengajarnya untuk membaca dan belajar bertutur, dia mampu untuk lakukan kedua-duanya sekali kini. Malah lebih baik lagi walaupun kadang-kadang itu, gagapnya masih ada.

Sekarang juga Luna sudah mula pandai untuk berbual dengan semua orang. Tidak seperti dulu. Yang dia tahu hanya diam dan tersenyum. Cakap pun bagai tidak mahu saja.

Luna sudah tidak lagi digelar zombie oleh mereka semua.

"Lain macam je ayat kau tu.." Aariz berpeluk tubuh dihadapan Luna.

"Mungkin... dah sampai masa untuk Luna pergi." Luna tersenyum.

"Kau nak pergi mana?" Aariz terus menyoal. Hatinya rasa sesuatu ketika itu. Rasa sebak tiba-tiba.

"Pergi dari hidup Kak Tiara. Kesian dia sebab dah lama sangat dia menangung 'sakit' tu. Biarlah Kak Tiara rasa bahagia pulak sekarang ni." Luna mula bersedih. Dia jatuh bersimpuh dilantai bilik.

Laju tangan Aariz menarik Luna masuk ke dalam dakapannya. Dipeluk erat tubuh gadis kecil berusia 5 tahun itu. Luna menangis teresak. Aariz memujuk lembut.

"Jangan menangis, Luna. Kau dah buat yang terbaik untuk Tiara." Belakang badan Luna diusap berulang kali.

"Maaf sebab dah menyusahkan. Terima kasih sebab dah ter.. terima Kak Ti.. Tiara."

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang