"GOOD MORNING sayang.." Aariz menyelitkan rambut Laura dibelakang telinganya. Wajah Laura yang masih lagi tidur itu ditatap kasih bersama dengan segaris senyuman.
Malam semalam adalah malam yang paling bahagia sekali buat mereka berdua. Sama-sama bersatu hati dan merelakan. Tidak seperti sebelum ini. Sama ada Aariz yang mengusik ataupun sama-sama terbabas.
Aariz memintal-mintal rambut ikal Laura. Bagi Aariz, dihadapannya itu bukan siapa-siapa melainkan hanya isterinya yang paling dia cintai; Tiara.
"Bangun..." kejut Aariz. Dia mencubit-cubit halus pipi Laura itu.
"Ermm.." tangan Aariz ditepis.
"Apa erm-erm? Bangun cepat. Pergi mandi. Pukul berapa dah ni. Azan Subuh dah lepas dah tu. Bangun, mandi lepastu kita solat jemaah sama-sama dengan anak-anak sekali. Aku tunggu dekat bilik solat. Triplets dah ada dekat sana dah pun. Cepat..." Pesan Aariz. Comforter tebal yang membaluti tubuh Laura itu direntap kasar oleh Aariz lalu dicampaknya ke atas lantai. Sesi mengusik bermula.
"Aariz!!" Laura pantas bangun dan menutup tubuhnya yang tanpa seurat benang itu dengan bantal-bantal yang ada. Dia merekot ke belakang.
"Biadaplah Aariz. Apa ni...?" Ujar Laura dengan mata yang terpejam celik. Dahlah orang tengah sejuk. Dia boleh pulak nak main bukak-bukak macamtu je? Dia fikir aku ni banyak sangat ke lemak?
"Mandi." Tuala yang digunakan oleh Aariz tadi dicampak pada muka Laura yang masih lagi mamai itu. Laura mengalihkan tuala itu daripada mukanya.
Dia memandang Aariz yang sudah tersengih itu sebelum menutup rapat pintu bilik mereka.
"Aariz!!!". Jerit Laura lagi. Bergema satu rumah tu dengan suara jeritan dia.
"BANGLO RESORT ni Laura yang beli. Sengaja dia kata sebab dekat dengan rumah bonda. Dia cakap, senanglah kalau setiap hari nak datang rumah bonda makan bubur jagung." Bonda Khaleeda menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil. Dia meneruskan kerja memotong buah-buahan segar untuk membuat salad buah.
"Sampai macam tu sekali bonda?"
"Laura tu manja sikit orangnya, Aariz. Orang yang tak kenal dia memanglah tak tau. Tapi kami yang dah memang rapat dengan dia tu, hmm.. faham sangatlah.." mereka berdua ketawa serentak.
Selalu sangat Aariz dengar daripada orang terdekat bahawa, Laura itu manja orangnya. Betullah tu. Aariz pun dapat rasa.
"Dia terlalu rindukan ibu dia. Setiap hari dia dok menyebut pasal ibu dia aje. Jadi, bonda nilah tempat untuk dia menumpang kasih dan melepaskan kerinduan dia yang selalu menganggu jiwa dia tu. Bonda dan Rezalah satu-satunya ahli keluarga yang dia ada dan boleh bergantung harap. Kalau yang lain tu, haihh.. susah bonda nak cakapnya. Kamu faham-faham sendiri jelah ya, Aariz." Bonda Khaleeda tersenyum. Aariz hanya mengangguk sahaja.
"Bonda nampak, dia makin pulih lepas buat rawatan dengan adik kamu tu. Hebat jugak si Amsyar tu, ya? Kamu semua pun bagus jugak.." Puji wanita itu.
"Amsyar tu jenis yang nekad bonda. Bila dia dah nekad nak bantu pesakit dia, dia akan bantu sampai dia berjaya. Selagi tak berjaya, selagi tulah dia akan berjuang." Sokong Aariz.
"Baguslah kalau macam tu. Senang jugak ya? Bukannya orang lain. Ahli keluarga sendiri jugak yang membantu. Beruntung Tiara dikelilingi oleh orang yang betul-betul sayang dan begitu ambik berat pasal diri dia tu." Fikiran Bonda Khaleeda tertumpu pada arwah kakaknya, arwah anak-anak buahnya dan juga Tiara. Rindu pula rasa hati kepada orang yang telah tiada.
Sekarang ini, cukuplah hanya Tiara. Dalam masa yang sama, lepas juga rindu dia pada arwah kakaknya itu. Kecantikkan Tiara, dimiliki daripada arwah ibunya sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/213394027-288-k186698.jpg)
YOU ARE READING
Precious Wife
Romansa"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...