"WOW! Interesting! Razin tak sangka pulak yang penyakit tu memang betul-betul wujud dekat dalam dunia ni. Selalu tengok dekat dalam filem lepastu dengar Abang Amsyar je yang cerita."
Kata Razin dengan gaya terujanya itu.
"Janji jangan bagitau dekat ibu dengan ayah pasal ni."
Aariz bernada serius.
"Kenapa pulak?"
Aariz mengeluh.
"Aku tak ready lagi. Nanti lah..."
Razin membasahkan bibirnya yang kering.
"Tapi Abang Aariz, sampai bila? Lambat-laun diorang akan tau jugakkan?"
"Razin. Kau faham tak aku cakap apa tadi? Takkan tak dengar kot? Aku cakap aku tak ready lagi kan? Susah sangat ke nak faham? Benda ni bukan mudah untuk aku Razin. Tolonglah faham aku.."
Razin menunduk bersalah. Mungkin betul. Dia yang tak faham situasi yang sedang dilalui oleh abangnya itu. Kita anggap remeh. Tapi bukan pada orang terdekat yang mengalami keadaan sebegitu.
Tambahan pula, Aariz seorang suami. Tempiasnya lebih kuat terkena pada diri Aariz sendiri.
"Razin mintak maaf abang. Razin cuma bagi pendapat je. Maafkan Razin andai apa yang Razin cakapkan tadi tu dah mengguris hati abang."
"Takde apa lah Razin. Aku tak kisah pun. Cuma aku taknak dalam keadaan yang tak beberapa nak stabil ni akan bertambah lagi masalah yang lain. Sakit Tiara tu lain daripada yang lain, Razin. Tak boleh nak sambil lewa je. Benda tu perkara serius! Jadi nak tanganinya pun kena lah serius jugak!"
Ujar Aariz sedikit keras. Dia harap yang Razin benar-benar faham apa yang dia katakan ketila itu.
"Razin faham abang. Maafkan Razin. Razin janji yang Razin takkan bagitau dekat ibu dengan ayah pasal ni melainkan abang sendiri yang bukak mulut dulu."
"Terima kasih."
Razin tersenyum seraya mengangguk.
"Sama-sama, bang."
Mata Aariz memandang ke tingkat dua rumah agamnya itu. Apalah yang Baby dan Rania dah buat dekat bilik tidur yang Baby gunakan itu tadi.
Jangalah Baby bertindak gila. Dah lah Baby tu ganas semacam. Kalau orang tu dia tak suka, memang makan sepak terajang lah jawabnya.
Paling dia anti dengan perempuan yang baya-baya dia sahaja. Paling menyeronokkan adalah, Rania juga baru berusia 15 tahun. Silap hari bulan, memang si Rania tu lah musuh tradisi dia.
Sekarang ni, Baby dah ada oppa baru. Iaitu, Razin. Lagilah hebat permainannya itu nanti. Kuat drama pun ya juga Baby tu.
"Diorang buat apa dekat atas tu?"
Soal Aariz.
"Tak tau lah abang. Diam je dari tadi. Diorang layan K-Drama kot."
Teka Razin. Dia tahu juga sikit-sikit pasal k-pop ni. Semuanya sebab Rania. Sikit-sikit ajak tengok K-Drama, sikit-sikit makanan Korea apa tu semua. Haihh.. sabar jelah.
"Macam mana kau tau?"
"Hmm.. yelah kot. Actually, Razin teka je. Sebab Kak.. eh, Baby dengan Rania kan sama-sama minat k-pop. Kemungkinan... diorang tengah layan drama lah tu kot. Takpun, layan lagu."
Aariz bersandar pada sofa sambil duduk silang panggung. Matanya dipejamkan rapat. Razin memerhati.
Mujurlah Razin dan Rania cepat faham dan tangkap apa yang cuba Aariz sampaikan kepada mereka berdua tentang penyakit Tiara itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...