"JABATAN kesihatan dah arahkan aku untuk handle patient tu pula. Jadi, aku lah yang kena rawat dan ubati dia mulai minggu depan. Dan inshaALLAH.. sampai dia sembuh." Kata Amsyar sejurus dia masuk ke dalam pejabatnya bersama Hakim.
"Apa masalah dia yang sebenarnya? Why pakar-pakar yang sebelum ni tak boleh nak handle dia? Parah sangat ke kes dia tu?" Soal Hakim ingin tahu.
Dua jejaka itu sudah pun melabuhkan punggung mereka di atas sofa kulit di dalam pejabat Amsyar itu. Topik mengenai pesakit baru Amsyar itu menjadi buah bualan mereka berdua sejak keluar lunch tadi.
"Apa yang aku dengar... patient tu menipu."
"Means?" Dahi Hakim berkerut seribu.
Menipu untuk dicop sebagai pesakit mental? Tak mustahil! Tapi, memang ada manusia yang bertindak sedemikian rupa kerana ada yang berpendapat bahawa menghidap penyakit mental itu unik!
Sebenarnya, orang-orang yang sebegitu lah yang patut berjumpa dengan ahli-ahli psikologi dengan segera. Mereka yang 'bermasalah' sebenarnya.
"Dia menipu sebab tak nak ceritakan perkara yang sebenarnya. Dia sedaya upaya cuba nak tutup cerita. Dia tak nak berkongsi. Ada hari dia cakap lain, dan ada hari tu juga dia cakap yang sebaliknya"
"Kalau macam tu.. habis siapa pula yang dorong dia untuk jumpa dengan psikiatri?" Hakim masih tidak berpuas hati. Amsyar hanya diam dengan wajah yang serius.
Nak sembuh atau tak nak? Kalau nak sembuh kenapa tak nak ceritakan perkara yang sebenarnya? Bila dah berjumpa dengan ahli psikologi, pasti mereka itu benar-benar sudah bersedia untuk bercerita mengenai masalah mereka.
Permulaan memang tidak begitu memberansangkan. Tapi lama-kelamaan akan berhasil juga.
"Last doktor yang handle patient tu dari hospital mana?" Hakim kembali menyoal.
"Hospital Tanjung Kota." Balas Amsyar.
Hakim menganggukkan kepalanya lantas dia berdiri.
"Aku masuk office dulu. Jumpa balik nanti." Pamit Hakim.
Mereka berdua bersalaman dahulu sebelum masing-masing memulakan kerja mereka yang tergendala dan berlambak di atas meja kerja.
Amsyar bergerak ke cermin besar pejabatnya. Pemandangan bangunan yang penuh disekeliling bangunan hospital itu diperhatikan. Amsyar memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluarnya.
"Diorang cakap.. dia tu merbahaya. Patient paling agresif yang pernah pakar-pakar handle selama ni. Sifat dia tak menentu. Sebab tulah ramai yang reject dan tak sanggup nak teruskan sebab terlalu takut. And ada juga yang aku dengar, dah ada doktor yang pernah hampir kena bunuh dengan patient tu sendiri"
Amsyar teringat kembali kata-kata seorang rakan sekerjanya yang tahu serba sedikit tentang pesakit baru yang bakal dia terima mulai minggu depan itu.
Apa yang merbahayanya pun Amsyar tidak tahu. Terbit dihatinya untuk mengetahui tentang latar belakang pesakit itu dengan lebih cepat. Berkobar-kobar dia rasakan saat itu.
Takpe Amsyar. Next week kau akan jumpa dengan dia juga. Bisik hati Amsyar.
Dia betul-betul sudah tidak sabar lagi mahu berjumpa dengan pesakit yang sedang hangat diperkatakan oleh semua petugas-petugas di dalam hospital itu selepas pesakit itu ditukarkan ke hospital mereka bagi mendapatkan rawatan.
Wajah tidak mereka kenal, namun aura pesakit misteri itu berjaya membuatkan lutut mereka menjadi lemah.
■■

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...