"ASSALAMUALAIKUM!!" Laung satu suara nyaring di hadapan pintu rumah.
Sofea yang sedang meletakkan mangkuk berisi lauk tengah hari di atas meja makan ketika itu lekas menjawab salam yang diberi.
Ketukan bertubi-tubi pada pintu rumah itu telah membuat Sofea berasa amat jengkel sekali. Siapalah manusia yang terlebih beradap tu.
"Sabarlah woii!!" Pekik Sofea dari dalam rumah.
Tombol pintu dipulas kemudian ditarik ke dalam dengan kasar. Sofea cuba bermanis muka. Tapi, setelah terlihat wajah tetamu tak diundang itu muka Sofea berubah kelat.
"Aku dah agak dah" Sofea menjeling.
Lea sengih nakal.
"Tak nak jemput aku masuk ke?" Soal Lea.
"Kau nampak tak aku dah bagi laluan untuk kau masuk ni?"
Sofea bercekak pinggang di sisi pintu rumah yang sudag terbuka luas.
"Oh yeke? Macam tak ikhlas je" usik Lea. Ekor .ata dikerling ke arah Sofea yang sedang bercekak pinggang.
Laju Lea menapak masuk ke dalam rumah apabila wajah Sofea berubah serius. Sofea ketawa kecil. Mereka berpelukan erat seketika.
Sebenarnya, bukanlah Sofea marah sangat pun. Lea juga kawan baik kepada Sofea dan Tiara. Cuma sifat Lea itu yang sememangnya kadang-kadang annoying habis!
"Tiara mana, Fea?" Tanya Lea seraya duduk di atas sofa.
"Ada dalam bilik dia tu. Solat kot" mulut dijuih ke arah bilik Tiara yang tertutup rapat.
Lea merenung Sofea. Dia mahu bertanyakan tentang sesuatu. Sesuatu itu adalah berkenaan dengan Tiara.
"Babe" panggil Lea.
"Hm?"
"Nak tanya ni"
"Apa dia?"
"Tiara okey ke?" Lea menurunkan nada suaranya. Sesekali matanya memandang pintu bilik Tiara.
Sofea mengeluh.
"Entahlah babe. Dia jadi macam dulu balik" Sofea menunduk. Cakap macam biasa saja. Lea pasti faham.
Lea sedikit terkejut. Namun, dia kawal akan perasaannya itu.
"Maksud kau, 'sakit' dia tu datang balik ke? Macam mana boleh muncul semula? Aku ingat dia dah sihat" Soal Lea ingin tahu.
Dia benar-benar ingin tahu. Setahu dia, sudah lama 'sakit' Tiara itu tidak datang. Lama juga lah.
Sofea ketawa sinis. Sihat? Mungkin kah? Dalam jangka waktu yang singkat. Semestinya tidak mungkin perkara sebegitu berlaku.
"Impossible, Lea. Kau ingat dia sakit biasa-biasa je ke, hah? Dia punya sakit tu luar biasa kau tau tak?" Bidas Sofea.
"Tapi, Fea.. Hampir 2 tahun sakit dia tu tak serang dia. Kau sendiri tau kan pasal tu? And now, how come?"
"Ya, aku tau Lea. Tapi kau kena ingat. Dulu kau sendiri tau kan yang Tiara tak nak teruskan rawatan dengan Doktor Iqram. Lepastu dia blah macam tu je. Lesap tanpa dapat dikesan. Sampailah satu hari tu tiba-tiba je dia muncul semula and buat balik rawatan tu dengan pakar-pakar yang lain. Tapi apa yang jadi? Dia hampir bunuh kesemua psychiatrist yang cuba untuk merawat dia waktu tu" cerita Sofea tentang apa yang pernah berlaku 6 tahun yang dulu.
Cerita di mana Tiara tiba-tiba hilang selama hampir 3 tahun lamanya dan muncul semula dengan membawa 'orang' yang baru bersamanya.
"Bukan Tiara yang buat semua tu kan?" Ujar Lea.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...