"KAU sure ke tak nak tunggu polis dulu? Kita tak tau bahaya apa yang ada dekat sana tu. Bahaya kau tau tak, Riz?" Amsyar menahan tangan Aariz daripada membuka pintu keretanya.
Dia tidak mahu adanya pertumpahan darah mahupun ada mana-mana nyawa tidak bersalah yang tergadai. Dia sendiri lihat apa yang Aariz letakkan di dalam bonet keretanya termasuklah yang diselitkan dalam poket jaket kulit yang dipakai oleh Aariz itu.
"Nak tunggu bini aku tu mampus dulu ke baru nak bertindak? Hm?" Kasar ayat yang dilontarkan oleh Aariz namun dengan tenang sahaja dia menuturkan. Wajahnya dingin sahaja ketika itu.
Amsyar terdiam dan menunduk sedikit. Ada betul juga apa yang Aariz katakan itu. Tapi, Amsyar hanya terlalu risau sahaja tentang nyawa-nyawa orang kesayangannya itu. Bagaimana jika ada diantara mereka yang terkorban nanti?
Aariz menolak Amsyar perlahan ke sisi agar ada ruang untuk dia kembali membuka pintu keretanya semula setelah dihalang oleh Amsyar tadi.
"Kau nak ikut sekali ke tidak ni? Kalau kau tak nak, aku blah dulu. Dah kalau setakat nak termenung je daripada tadi baik tak payah! Bazir masa aku je nak menunggu!" Aariz bercakap melalui tingkap kereta yang terbuka. Muka menyampah ditayang pada Amsyar yang masih lagi tercengang-cengang.
Amsyar mengangguk sebelum dia bergerak ke arah bahagian penumpang. Dia harus memberitahu Sofea tentang perkara ini kerana Sofea tidak tahu yang Amsyar balik kerja terus ke rumah Aariz. Pasti isterinya itu risau nanti.
WAJAH tegang Aariz sesekali dipandang oleh Amsyar. Kecut jugalah perutnya bila lihat Aariz sebegitu. Bukan dia tidak biasa. Dulu, selalu sangat Aariz berkelakuan bengis dan menakutkan seperti itu. Tetapi, selalunya atas sebab kerja saja. Kali ini, lain macam pula aura Aariz. Mungkin, ini kerana melibatkan nyawa orang yang amat Aariz sayangkan.
Lihat sajalah berapa ramai anak-anak buah Aariz yang turut serta. Sampai tujuh kereta yang mengiringi kereta Aariz daripada belakang. Ini dah macam nak pergi perang saja gayanya. Tapi, memang orang pun. Perang dia antara Aariz dan Zaqwan. Entah apalah masalah Zaqwan itu. Mereka juga tidak tahu motif penculikan Tiara jtu dilakukan walaupun mereka tahu bahawa, Tiara ada umpan buat Aariz.
"Apahal kau pandang-pandang aku macam tu?" Aariz menukar gear keretanya. Dia mengerling pada Amsyar disebelah.
"Dah kau hensem sangat. Aku usyar lah.." Amsyar mengusap peha Aariz yamh sedang fokus memandu itu.
Sengaja dia mahu mengusik. Asalnya, dia tidak mahu Aariz terlalu risau dengan keadaan ketika ini walaupun ianya tidak boleh lagi dinafikan. Sedikit sebanyak, dia mengharapkan yang Aariz akan lebih relaks sedikit tanpa tekanan yang melampau.
Kepala Amsyar ditunjal kuat. Sikit lagi dia nak terhantuk pada tingkap kereta. Mujurlah dia sempat menahan. Amsyar ketawa suka sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabai.
"Benda tu takpayah bagi tau pun aku dah tau.." balas Aariz.
Amsyar menjungkitkan bibirnya.
"Overlah pulak dia ni..."
"Benda betulkan?"
"Bukan muka kita berdua seiras ke?"
"Yup! Tapi, aku lebih kacak dari kau. It's a fact and you can't deny it anymore." Aariz bersuara bangga.
Amsyar menjeling.
"Yelah-yelah! Kau menang. Kalau argue dengan kau memang aku lah yang kalah kan? Selalu sangat jadi. Ish! Menyampah pulak aku dengan kau ni. Menyesal aku puji.."
Aariz dan Amsyar ketawa serentak. Tidak lama itu mereka berdua diam membisu. Sunyi sahaja suasana di dalam kereta Aariz. Musik juga tidak dipasang olehnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romansa"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...