"KEN!!"
Langkah The Last Man terhenti apabila telinganya menangkap seruan nama itu. Dia sudah sampai ke penghujung tebing batu itu yang berbentuk tirus. Ombak laut kuat menghempas ke batu tebing berwarna hitam ketika itu.
"Ken Parker..." seru Aariz lagi.
The Last Man berpaling. Mata mula bertentang mata.
Nama sebenar: Ken Parker. Sebut nama dia jika dia bertindak diluar kawalan. Aku pun tak tau kenapa. Macam kelakar kan? Tapi, itu adalah salah satu cara untuk tumpaskan dia dan cara paksaan untuk dia bertukar ganti dengan identiti yang lain. Cuba pancing emosi dia. Good luck!
Aariz ingat lagi apa nota akhir yang Amsyar tuliskan tentang The Last Man dimuka surat yang terakhir pada buku kertas itu.
"Bag.. bagaimana engkau mengetahuinya?"
Dia tergagap. Aariz ketawa sinis. Sehingga kini, Aariz masih lagi tidak tahu mengapa nama identiti tersebut adalah kelemahan dirinya sendiri. Ah, sudahlah. Dia tidak peduli lagi. Yang penting, Tiara selamat sahaja.
"Kenapa kau macam takut je?" Aariz menegur sebaik sahaja dia melihat The Last Man berundur ke belakang untuk menjauhi Aariz.
THE Last Man? Mungkin tidak lagi. Aariz akan tetap terus memanggil nama sebenarnya, Ken. Kerana, itu adalah kelemahan identiti tersebut yang sememangnya kuat untuk dijadikan sebagai salah satu senjata. Mungkin dia boleh lumpuhkan kekuatan Ken hanya dalam sekelip mata sahaja.
"Tidak! Aku tidak takut!" Ken semakin resah.
"Habistu kenapa kau nampak macam nak lari daripada aku je?"
"Mengarut!!"
Aariz senyum sinis. Dia kini sudah berada dihadapan Ken. Renungan Aariz berubah redup dan suram.
"Lepaskan Tiara, Ken. Serahkan dia semula pada aku."
"Oh, itu tidak mungkin. Sama sekali tidak!! Kerana engkau adalah seorang pelaku keganasan terhadap dia!"
"Aku pelindung dia... bukan pendera!"
"Pembohong! Apa buktinya bahawa engkau adalah pelindungnya?" Ken masih lagi tidak puas hati.
"Aku suami dia, Ken. Tugas aku untuk menjaga dan melindungi dia. Sampai aku mati sekalipun, aku takkan sesekali mencederakan dia apatah lagi untuk mendera. Aku cintakan dia.."
Ken menggengam tangannya erat. Rahangnya diketap erat. Dia susah untuk percaya kata-kata orang. Dia lihat Aariz seperti ingin memperdatakan dia sahaja. Tapi, Aariz nampak jujur apabila berkata-kata.
"Aku tidak mahu Tiara terus terseksa. Aku tahu bagaimana seksaan hidup yang pernah dia lalui selama ini. Ianya sungguh memeritkan."
"Aku tau. Sebabtu aku nikahi dia. Aku dah berjanji untuk melindungi dia dan cuba buang segala rasa takut yang dia alami selama ini. Aku dah berjanji dengan dia. Jadi, aku akan tunaikan. Tiara hak aku. "
Ken menggeleng seraya ketawa mengejek kepada Aariz.
"Aku tidak percaya. Sungguh, aku tidak percaya langsung akan kata-katamu itu. Sudahlah. Lupakan saja Tiara. Biar aku saja yang menjaga dan melindungi dia. Aku akan sentiasa bersama-sama dengan dirinya sehingga dia mati."
Ken melangkah semula ke hadapan. Dia sudah bersiap sedia untuk terjun ke dalam laut itu.
"Ken Parker!!!"
Ken menunduk sambil menutup kedua belah telinganya. Telinganya terasa bingit dan berdesing! Dia benci apabila Aariz menyebut namanya. Puas dia menahan sejak tadi lagi.
YOU ARE READING
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...