BAB 73

4.9K 336 14
                                    

RENGEKAN Tiana diluar pintu bilik menyentakkan Aariz, Tiara dan Amsyar di dalam bilik rawatan Amsyar di rumah agam Aariz itu. Setelah itu, terdengar bunyi ketukan pintu bilik dan diselang selikan dengan suara Rania yang memanggil.

Rania tidak mahu masuk terus kerana dia tahu rawatan terhadap Tiara sedang dijalankan. Biadaplah kalau dia terus meluru masuk sahaja tanpa sebab yang penting. Apatah lagi mahu terjah masuk sahaja ke dalam.

"Kalau takde apa-apa yang penting lagi.. Tiara keluar dulu eh? Anak-anak dah mengantuklah tu Tiara rasa." Tiara pandang Aariz dan Amsyar silih berganti.

"Yeah.. sure. Good night." Amsyar tersenyum manis pada Tiara.

"Kau tidurlah dulu. Jangan tunggu aku. Lepas settle kerja aku nanti aku masuk bilik." Kata Aariz seraya merenung dalam mata Amsyar.

"Abang nak masuk bilik kerja abang ke kejap lagi?" Tanya Tiara. Aariz mengangguk.

"Okeylah. Tiara pergi dulu. Selamat malam abang." Tiara menghadiahkan satu kucupan di dahi Aariz sebelum dia keluar. Amsyar yang memerhati hanya tersenyum sahaja.

"Dah-dahlah pandangnya tu. Tak lari ke mana pun wife kau tu, Aariz. Alih-alih depan mata kau jugak diamnya..." usik Amsyar. Leka betul Aariz memerhati lenggok jalan Tiara sehingga isterinya itu hilang dari pandangan.

"Betul ke keadaan dia semakin positif?" Soal Aariz ragu-ragu.

"Itulah apa yang aku nampak dari segi keputusannya tadi. Ha, sekarang ni aku tanya kau pulak. Betul ke Luna dengan The Last Man dah hilang? Maksud aku... dah tak jadi identiti lain kepada Tiara lagi?"

"Yup! Cuma aku takut kalau-kalau semua tu hanya lakonan semata-mata je. Tapi... aku rasa betul." Balas Aariz.

"Tiara ada cakap yang dia mimpi pasal Luna dan The Last Man tinggalkan dia malam beberapa hari lepas, kan? Tiara pun aku tengok dia macam keliru je tadi. Mungkin dia masih lagi mencari jawapan yang pasti. Entah apa itu merupakan satu mimpi atau benar belaka. Hanya dia yang tau sebab dia yang laluinya." Amsyar bersandar pada sofa.

"Bermakna lepasni, semua identiti dia akan hilang ke macam mana?" Tanya Aariz lagi.

"Mungkin. Harapnya... betullah jawapannya tu. Banyak perkembangan positif yang aku nampak pada Tiara. Dia dah pandai untuk kawal kesemua identiti dia, emosi dia dan tekanan yang dialaminya. Syukurlah. Bukan senang untuk buat semua tu. Lain orang, lain cara mereka nak atasi masalah mereka tu sendiri. Tiara semakin matang dan kuat dalam menguruskan masalah dia sendiri. Sokongan orang sekeliling tu penting jugak buat dia. Terutama sekali kau, Aariz. Sentiasalah ada bersama dengan dia." Pesan Amsyar. Dia berdiri dan memasukkan tangan ke dalam poket seluar slack hitamnya. 

"Esok aku datang lagi. Sekarang dah pukul 10 malam. Aku ada bini dekat rumah tu. Nak jugak lepaskan rindu. Jealous pulak aku tengok kau dengan Tiara tadi. Kau fikir aku tunggul kayu? Takde perasaan dan mampu tengok je? Huh.. mati bro. Mati.."

Amsyar menggelengkan kepalanya dengan mata yang terpejam. Aariz dan Amsyar sama-sama ketawa lepas. 

"DARIPADA tadi asyik petik gitar je. Nyanyilah sikit. Aku bosan ni." Pinta Mir. Dia memandang Fiq disebelah yang hanya termenung memandang bulan dan bintang di malam hari itu.

"Aku tak nak nyanyilah. Aku nak menghayati petikan gitar yang aku main ni je. Lepasni... dah tak boleh nak main gitar lagi dah." Fiq tersenyum pada Mir.

Fiq memandang dirinya dan Mir melalui cermin sliding door balkoni yang berada di hall tingkat tiga itu. Mereka berpandangan sesama sendiri. Sebulan mereka buat keputusan untuk keluar. Dan niat mereka pada malam ini, adalah untuk pergi jauh daripada penghuni badan yang asal.

Precious WifeWhere stories live. Discover now