BAB 35

5.5K 325 42
                                    

"MACAM sunyi je dekat dalam rumah tu. Tak ada dengar suara apa pun. Macam tak ada apa-apa je yang berlaku."

Kata Lea daripada dalam kereta. Cermin tingkap kereta dibuka luas olehnya.

"Maybe diorang dekat tingkat atas kot." Balas Sofea seraya keluar daripada kereta Aariz.

Aariz mengisyaratkan agar anak-anak buahnya masuk ke halaman rumah terlebih dahulu sebelum dia dan Amsyar. Manakala, Sofea dan Lea pula disuruhnya duduk kekal diluar rumah.

Mereka memgambil posisi masing-masing. Ditangan mereka pula terdapat sepucuk pistol.

Aariz mencampakkan puntung rokoknya kemudian kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Amsyar setia disisi menanti dengan tenang.

Baru sahaja Sean mahu menendang pintu rumah itu, tiba-tiba pintu itu sudah pun terbuka dengan luasnya daripada arah dalam.

Klak!

Terpacul wajah Tiara dengan senyuman manisnya.

Sean bersama rakan-rakannya yang lain sudah pun menjatuhkan semula tangan mereka yang tadinya mengangkat pistol dan bersedia untuk menembak itu.

"Selamat datang. Silakan masuk semua.."

Aariz menerpa ke arah Tiara. Bahu isterinya itu dipegang lalu ditarik ke belakang.

"Kau... kau Tiara ke?"

Tangan dihulurkan pada Aariz. Walaupun Aariz sedikit pelik dengan tindakan isterinya itu, namun dia menyambut jua huluran tangan itu dengan tenang.

"I'm Lauren.."

Terkejut mereka semua yang mendengarnya. Lauren tersenyum manis dan kembali menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

Hanya Aariz, Amsyar, Sofea dan Lea sahaja yang masuk. Yang berbaki itu lagi, semuanya berkawal di luar rumah.

"JEMPUT minum.."

Ujar Lauren setelah selesai menuangkan teh panas ke dalam cawan kaca yang terakhir.

Masing-masing kekok dengan identiti baru Tiara yang peramah itu.

"Mana lintah-lintah darat tu semua?"

Tanya Aariz kekok. Lauren dengan senyumannya itu, berpisah tiada.

"Aku dah hantar mereka semua ke balai polis."

"Bila kau hantar? Cepatnya."

Lauren ketawa kecil.

"Habistu nak tungu berapa lama lagi? Kalau tunggu korang sampai pun rasanya.. macam-macam benda baru boleh terjadi. Alang-alang aku ada dan boleh handle semua ni sendiri, lebih baik aku buat je terus. Kenapa nak buang masa untuk simpan benda-benda yang tak berfaedah tu? Sampah masyarakat mereka tu semua. Aku tak suka."

Balas Lauren tenang. Ingat senang ke dia seorang nak tumpaskan lima orang sekaligus. Mujurlah dia sangat tangkas dalam martial arts. Penumbuknya juga masih lagi terasa sengal dan sakit.

"Baru nak jadi hero."

Amsyar mengerling Aariz disebelahnya sambil ketawa. Aariz menjeling tajam.

"Actually... aku call polis suruh datang sini lepas aku kendurikan sorang-sorang lintah darat tu tadi. That's all. Simple!"

Sambung Lauren lagi. Lauren menyisip teh panasnya sikit. Matanya tertumpu pada Sofea dan Lea.

"Kamu berdua sihat? Lama kita tak berjumpa kan? Hmm.. yelah, sebab aku pun, bukannya selalu diperlukan."

"Si.. sihat je. Ermm.. Lauren. Macam mana kau boleh keluar?" Tanya Sofea.

Precious WifeWhere stories live. Discover now