"KALAU dilihat daripada keputusan ujian yang awak dah buat, awak macam ada masalah dari segi yang lain je ni" Kata Amsyar.
Amsyar duduk di sebelah Tiara. Seperti biasa lah apabila mahu melakukan rawatan. Tiara memalingkan wajahnya pada Amysar yang sedang ralit melihat isi di dalam failnya itu. Sesekali, tangan lelaki itu menulis sesuatu di atas kertas laporan Tiara.
"Masalah apa? Dari segi apa?"
Berkerut-kerut wajah Tiara kerana tidak faham apa yang Amsyar katakan.
Tau lah psikiatri. Tapi janganlah guna ayat-ayat berkias macam tu. Ingat semua orang faham ke? Straight to the point je lah. Tiara mencebik.
"Hah! Dah kenapa awak mencebik? Awak kutuk saya dalam hati eh? Yelah tu... Suka sangat buat dosa kan?" Selamba sahaja Amsyar bercakap. Siap gelak lagi.
Tiara tergamam. Dia tau pula aku tengah kutuk dia. Dia ni psikatri ke ahli nujum?
"Mana ada.." Nafi Tiara. Sekali lagi Amsyar ketawa.
Haihh.. Bahagianya lah hidup kau asyik ketawa je kan?
"Awak pernah lalui atau miliki pengalaman trauma tak sebelum ni? Or anything else yang dah berlaku sepanjang awak hidup ni dan ianya memberikan kesan yang sangat mendalam pada diri awak sendiri. Senang cerita, benda tu makan dalam lah.." Ujar Amsyar panjang lebar.
Tiara terdiam sebentar. Trauma? Ada. Tapi, dia tak nak ungkit kisah tu lagi. Terlalu sakit untuk dibicarakan semula.
"Tak! Tak ada!" Tegas Tiara memberikan jawapannya.
Amsyar melihat tingkah laku Tiara. Nampak gelisah sahaja. Jari-jemari Tiara pula menari-nari antara satu sama lain. Seperti risaukan sesuatu atau mungkin dia cuba untuk menenagkan dirinya ketika itu. Pergerakkan biji mata Tiara pun asyik ke kiri dan tidak tentu hala.
Dia mesti ada sembunyikan sesuatu. Amsyar hanya tersenyum.
"Awak masih ada family lagi? Maksud saya, family awak sendiri. Ibu, kakak, abang, adik or... ay.."
"Tak ada! Semua dah meninggal. Family saya kecil je doktor. Sekarang ni pun saya duduk dengan sepupu perempuan saya. Tu je. Next question please" Pintas Tiara. Dia pula yang minta soalan seterusnya.
Sepertinya, Tiara tahu siapa yang Amsyat mahu sebutkan diakhir ayatnya itu. Sudahlah. Dia tidak mahu menyebut lagi nama panggilan itu. Sakit!
Kertas yang ditulis oleh Amsyar itu hampir saja mahu penuh satu muka surat. Sambil menyoal sambil tu Amsyar menulis sesuatu.
"Apa pengalaman yang awak rasa amat menyeronokkan masa awak kecil dulu?" Amsyar ke level yang seterusnya.
"Entah. Tak tau. Tak ada kot" Balas Tiara acuh tak acuh.
"Mustahil. Semua orang pasti ada pengalaman yang menyeronokkan masa childhood diorang.." Pancing Amsyar.
"Tak ada apa pun yang menyeronokkan doktor"
"Kenapa?"
Tiara mengeluh. Matanya mula mengendur. Amsyar hanya memerhati.
"Saya. Saya... "
Mulut Tiara bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu.
"Saya tak ingat apa-apa tentang zaman kanak-kanak saya" Jujur Tiara.
"Really? Macam mana boleh jadi macam tu? Ada apa-apa peristiwa yang menyakitkan awak ke Tiara?"
"Ada. Tapi sakit sangat untuk diingati semula.." Tiara bersuara perlahan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romansa"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...