BAB 43

5.7K 357 39
                                    

"NANTI dekat office tu awak jangan nak rindu-rindu dekat saya tau." Pesan Tiara sambil ketawa suka.

Kekura tangan Aariz dikucup lembut dan dibalas oleh Aariz dengan ciuman syahdu di ubun-ubun Tiara.

"Kalau macam tu aku tak payah pergi kerja lah harini. Sebab aku rasa setiap saat aku rindu dekat kau. Dah, jom masuk. Kita sambung apa yang tak habis semalam tu."

Giliran Aariz pula yang menyakat. Tiara menampar kuat dada sasa Aariz. Serta-merta Aariz menapak ke belakang semula.

"Awak ni kan..."

"Apahal? Aku cakap benda yang betul apa. Semalam aku nak mintak lebih-lebih pun tak sampai hati sebab kau tu pun bukannya sihat sangat. Tapi pagi ni aku tengok kau lain macam je bertenaganya. Mesti sebab aku kan? Ha, macam ni. Untuk bagi kau lebih bertenaga lagi... apa kata kita..."

Mata Aariz meliar di segenap batang tubuh Tiara. Tiara pula sudah berubah riak wajah sambil bercekak pinggang.

"Awak ni dah lama tak makan penampar agaknya kan? Dah lah! Pergi kerja cepat, nanti lambat!"

Gesa Tiara.

"Eleh! Orang nak manja-manja dengan bini sendiri pun tak boleh. Huh, kedekut! Aku pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam.."

SUDAH masuk dua kali Tiara memuntahkan isi perutnya selepas dia cuba untuk meneruskan suapan roti berinti jem blueberry ke dalam mulutnya ketika itu.

Pelik! Sedangkan itulah apa yanh dia suka makan sejak dulu lagi. Boleh jadi hampir setiap pagi dia akan makan.

"Apahal dengan aku ni..?"

Mulut dikumur untuk sekian kalinya. Tiara memicit kepala yang kian sakit berdenyut.

"Takkan lah sebab aku lambat breakfast kot? Tak mungkin lah. Sebelum ni okey je.."

Tiara sememangnya harus mengisi perutnya di waktu pagi. Jika tidak, tentu dia akan sakit perut secara tiba-tiba.

Tetapi kali ini lain. Jam baru pukul 10 pagi. Dan sakit perut pula tiada ketika itu. Hanya mual, muntah dan pening sahaja sejak tadi lagi.

Tidak betah lagi dia mahu berlama-lama berada di dapur, akhirnya Tiara buat keputusan untuk berehat sahaja di dalam dibilik tidurnya.

"MASUK!"

Suara Aariz memekik kuat dari dalam bilik pejabatnya. Matanya pula tidak lekang daripada memandang skrin komputer.

"Duduk." Arah Aariz.

Sean duduk di atas kerusi dihadapan Aariz. Satu sampul surat coklat bersaiz A4 dihulurkan pada Aariz. Tangan Aariz berhenti menekan-nekan papan kekunci. Fokusnya kini beralih pada sampul surat tersebut.

Dua keping gambar dikeluarkan daripada dalam sampul itu. Mata Aariz tajam meneliti figura di dalam gambar itu.

"Itu gambar Azman pada malam dimana dia hilang secara tiba-tiba dekat lorong bangunan lama tu. Lepas Azman hilang, ada satu kereta Mercedez Benz hitam yang entah daripada mana muncul dekat situ dan berlalu pergi macam tu je."

Terang Sean satu persatu.

"Jadi kau nak cakap yang... Azman diculik?"

Sangkal Aariz. Sean mengangguk.

"Boleh jadi.. macam tu jugak Tuan Aariz. Kami masih lagi mencari data siapa pemegang nombor plat kereta tu. Tapi tak dapat. Nampaknya.. orang yang dah culik Azman tu, bukan calang-calang Tuan Aariz. Macam hebat je orangnya tu."

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang