HARI berganti hari, bulan berganti bulan. Kini, kandungan Tiara telah mencecah usia 7 bulan setengah.
Sepanjang tempoh masa 7 bulan itu juga lah rawatan Tiara bersama Amsyar dilakukan tanpa henti. Kata Amsyar, Tiara semakin menunjukkan perubahan yang positif pada dirinya sendiri.
Aariz juga tidak pernah putus dan henti usahanya dalam membantu Tiara agar isterinya itu sentiasa kekal menjaga dan mengawal emosinya sendiri. Jika tidak, pasti identiti lain yang akan muncul tiba.
Setakat ini, belum ada lagi identiti yang keluar menguasai diri Tiara. Dan Tiara juga kelihatan semakin bahagia dengan kehidupannya yang sekarang ini.
"Kenapa lama sangat abang pergi?"
Tanya Tiara seraya duduk dibirai katil. Matanya memerhati Aariz menolak luggage yang ingin dibawa ke Itali pada hari esok ke penjuru dinding bilik tidur mereka.
Bahasa panggilan juga sudah ditukar oleh Tiara. Itu juga kerana Aariz yang memaksanya untuk memanggilnya dengan panggilan abang. Katanya, lebih sweet dan romantik. Sejuk telinga mendengarnya.
Tapi, telinga Tiara pula yang sakit sebab dengar Aariz masih lagi menggunakan bahasa panggilan kau dan aku. Bila suruh tukar sekali, macam-macam alasan yang dia bagi. Kononnya lain daripada yang lain. Hampeh!
"Aku pergi tiga hari je Tiara. Apa yang lamanya? Aku pergi sana pun sebab hal kerja, bukannya kahwin lain."
Gurau Aariz.
"Abang jangan bergurau macam tu dengan Tiara boleh tak? Tiara tak suka lah.."
Suara Tiara berubah kendur.
Aariz yang sedang bercekak pinggan ketika itu ketawa geli hati. Dia bergeram ke arah Tiara dan duduk disisi isterinya itu. Bahu Tiara dipeluk kemas.
"Alololo.. merajuk lah pulak dia. Sensitif sangat. Sayang abang ni... meh, sini abang timang nak?"
Pap!
"Adoiii!! Sakitlah gila!"
"Padan muka!"
Aariz menggosok pehanya yang baru sahaja ditampar padu oleh Tiara. Perit bak hang.
"Eh, kau ni sejak mengandung ni makin ganas kan? Uuuu.. I like.."
Bisik Aariz ditelinga Tiara. Cuping telinga Tiara digigit lembut.
"Jangan lah abang... geli lah.."
"Kejap lah.. nak manja-manja sikit pun tak boleh ke? Esok aku dah nak pergi dah. Nanti rindu macam mana? Seksa kau tau tak nak menahan rindu tu. Bagilah chance sikit.."
"Kata sekejap je kan tiga hari tu? Apa nak heran?"
Perli Tiara. Sedaya upaya dia cuba menolak muka Aariz agar berhenti daripada mencium wajah dan lehernya.
"Isshh.. dah lah!"
"Tak nak..."
Ejek Aariz.
"Tiara."
Panggil Aariz.
"Apa?"
"Nak upah."
Aariz senyum menyeringai. Naik bulu tengkuk Tiara dibuatnya.
"Upah apa?"
Tiara pura-pura tak tau. Makin seram pula Aariz malam ni.
"Alaa, buat-buat tak tau pulak. Upah istinewa aku lah. Takde lah aku rindu sangat masa dekat Itali tu nanti."

ANDA SEDANG MEMBACA
Precious Wife
Romance"Lain kali jalan tu pakai lah mata.Bukannya pakai kepala lutut kau.Ke kau ni buta hah?". -AARIZ RAYDEN- "Ta..tak, saya tak buta encik.Saya minta maaf sangat-sangat.Saya mengaku saya yang bersalah sebab jalan tak pandang depan tadi.Maafkan saya..". ...