BAB 74

4K 279 31
                                    

LANGKAH Aariz terhenti tatkala dia terlihat satu sosok tubuh wanita yang amat dia kenali itu sekali sedang duduk bersilang panggung di atas sofa kulit. Pintu bilik pejabatnya ditutup rapat. Fail yang berada ditangan diletakkan di atas meja kerja.

Aariz mendekati wanita itu. Dia duduk di sofa yang bertentangan dan kedua belah tangannya diletakkan di atas penghadang sofa dikiri dan kanannya. Dia tersenyum lalu kening di angkat sebelah.

"My son!! Let's go now. I made a reservation for the two of us there." Mr. Joe berdiri dan membetulkan bajunya.

"Where?" Aariz turut berdiri. Kot hitam ditubuhnya dibuka lalu lengan baju kemeja berwarna navy blue yang tersarung dibadan sasanya disinsing sehingga ke siku.

Mr. Joe tersenyum manis.

"Just follow me, my son..."

"IS there anything special going on today?" Aariz menyoal. Mr. Joe yang tadi nampak termenung jauh diluar tingkap cermin kaca itu tersentak apabila disoal tiba-tiba.

"Sorry, what did you say?" Mr. Joe blur habis. Aariz ketawa kecil.

"Are you okay?" Soal Aariz prihatin. Mengapa Mr. Joe nampak sedih dan muram sedikit hari ini? Dia pun pelik. Dia cuba mengambil berat.

Sikap Mr. Joe pun nampak lain. Kalau tidak, jika mereka berdua berjumpa, pasti Mr. Joe akan tanya soalan-soalan yang tidak masuk akal mahupun cari pasal dengannya. Tetapi hari ini, Mr. Joe nampak lain. Dia nampak tenang dan matang. Sesuai dengan usianya.

Panggilan juga sudah ditukar kepada panggilan yang lebih sedap untuk didengari oleh Aariz.

"I'm fine. Just.... fine."

"Are you sure?"

"Yeah.. don't worry about me, son." Mr. Joe tersenyum hambar. Tangan Aariz yang berada di atas meja itu ditepuk beberapa kali dengan tawa kecilnya. Yang juga... sama hambar dengan senyumannya itu tadi.

"You look sad. Is there anything to share with me?" Aariz cuba mencari bebola mata Mr. Joe yang berlari ke sana sini.

"Ah! The food is here. Let's eat. I'm hungry now." Mr. Joe beralih topik. Soalan Aariz tidak dijawab.

Dua dulang kayu bulat yang terhidang dengan pizza yang cukup menggiurkan itu dipandang teruja oleh Mr. Joe. Asap yang terhasil daripada celahan ruangan pizza yang baru sahaja dimasak itu merebak halus ke udara.

Air Coke yang dipesan sebanyak tiga gelas itu diberikan satu kepada Aariz dengan senyuman. Dua gelas lagi, dia yang punya. Tidak lama itu, datang pula dua pinggan spageti dan sepinggan chicken wings.

"Son, eat your food!" Arah Mr. Joe riang. Sepotong pizza ditarik dengan riangnya lalu disuakan ke dalam mulutnya sehingga penuh. Menari-nari Mr. Joe kerana menikmati keenakkan pizza panas itu.

Aariz menyedut air Cokenya sedikit dengan straw. Matanya tidak beralih langsung daripada memandang Mr. Joe.

Sedang leka mereka berbual dan makan, tiba-tiba sahaja hujan turun dengan rintik kemudian mulai lebat turun membasahi bumi. Mr. Joe berhenti mengunyah. Matanya beralih ke cermin kaca disisinya. Sejuk suhu aircond di dalam kedai makan itu ditambah pula dengan hujan lebat diluar tidak langsung menganggu dirinya daripada terus menikmati keindahan dingin ketika itu.

"Do you like the rain?" Aariz berpeluk tubuh lalu bersandar di kerusi empuk yang didudukinya itu.

"Yes." Mr. Joe masih lagi tersenyum sambil memandang ke arah hujan lebat diluar. Dia sukakan hujan.

Precious WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang