1

351 59 71
                                    

Hoseok POV

Aku menolak pintu kafe. Keluhan berat aku lepaskan. Agak sakit hati apabila dipaksa bertemu seseorang tanpa rela. Katanya mahu dijadikan jodoh.

Aku menelan liur setelah sekian lama tercengat di hadapan pintu kafe. Seorang pelayan perempuan tidak aku endahkan. Yang aku tahu, aku perlu hentikan semua ni.

Aku berjalan agak laju menuju ke arah perempuan yang tersenyum agak manis kepada aku. Terus aku berkerut apabila betul-betul berada dihadapannya.

"Awak datang?" dia berdiri dan tersenyum kepada ku.

Tanpa sepatah perkataan, aku terus melabuhkan punggungku ke atas kerusi.

"Saya hanya datang sini nak bagitahu awak satu perkara. Walau macam mana pun mama saya dan mama awak aturkan kita, saya tak akan pandang awak" kata aku dingin.

Ini sudah kali kelima aku di aturkan dengan orang yang sama. Senyuman palsu yang sama. Berapa kali juga dia dijemput ke rumah aku untuk menikmati makan malam.

Dan yang paling aku menyirap, pernah sekali mama memperdayakan aku katanya mahu makan masakan anak terunanya sebelum berkahwin tetapi akhirnya, mama menjemput keluarga dia sekali.

"Tak boleh ke kalau kita bercinta selepas berkahwin? Ataupun kita berkenalan dengan lebih rapat lagi? Awak pun tahu sebelum ni saya pun nak halang semua benda ni daripada terjadi. Saya minta maaf sebab dah tersuka pada awak" panjang lebar dia menceritakan.

"Sudahlah, saya dah muak tengok muka awak. Saya akan ulang perkara ni untuk kali terakhir dalam hidup saya. Saya seorang manusia bukan seekor kambing!" terus aku berdiri, menyeluk saku dan mengeluarkan dompet. Aku mengeluarkan sehelai not 10 000 won dan menghempaskan not tersebut di atas meja.

"Ingat, apa yang saya dah cakap pada awak" aku terus berjalan keluar daripada kafe itu.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now