"pa, apa yang papa cuba buat ni?" aku menahan geram kerana tindakan papa yang luar dari jangkaan itu. "yah, hyung, kenapa kau kumpulkan kami di sini?" soal aku kepada seokjin pula.
"kenapa kau tanya soalan bodoh macam tu hoseok? salah ke kalau aku nak buat reunion untuk kau sekeluarga? oh ya, ada beberapa lagi ahli keluarga yang belum datang jadi, marilah minum teh dan berbual dulu" seokjin menurunkan pistol yang dihalakan kepada byeol menyebabkan aku terus berlari mendapatkan byeol.
"oh, hoseok. aku tak minta kau buat drama sedih dalam pejabat aku. aku juga tak suka kalau ada manusia tak diundang datang bersama" ayat dia langsung hilang seperti angin.
jujur, aku langsung tidak dengar satu perkataan sekalipun. aku sedang sibuk menangis dan mencium pipi byeol yang basah terkena air mata aku dan dia, bertanya segalanya seperti 'anak papa sihat?', 'mana byeol pergi?', 'papa minta maaf' dan anak itu hanya mampu menggeleng dan memeluk aku serta meratapi young shim yang sudah tiada. dia hanya mangatakan 'byeol rindu mama', 'kenapa tinggalkan byeol sorang-sorang' menyebabkan hati aku begitu pilu untuk memikirkan tentang hal lain.
BANG!BANG!
dua das tembakan mengejutkan aku dan byeol menyebabkan aku memandang ke belakang dan terlihat sekujur tubuh mengelupur menunggu ajalnya yang bakal tiba. aku terus berlari ke arahnya diikuti oleh byeol namun byeol dihalang oleh lelaki yang telah membawa byeol ke sini.
aku duduk bersimpuh di sebelah tubuh namjoon yang mengelupur, meminta diberikan peluang kedua untuk hidup. aku meraung sekuat hati. "stay with me buddy! stay with me! don't you dare die on me! namjoon! jangan buat aku macam ni namjoon!" aku mengoyangkan jasadnya kasar.
namjoon terbatuk dan mencapai muka aku. aku segara mencapai tanggannya dengan tangan aku. "tolong jagakan.. mak saya" tersekat-sekat perkataan yang keluar dari mulutnya. "ayah.. saya" dia menarik nafas dengan penuh kesakitan. "keluarga saya" sekali lagi dia terbatuk.
"pakcik!" byeol yang dari tadi memerhati, menjerit sekuat hati, bagaikan begitu perit menerima penderitaan yang dialami namjoon.
"jaga byeol.. elok-elok..," dia menarik nafas penuh derita, "demi saya juga" selepas ayat itu, tangan namjoon terkulai, mukanya membiru dan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia tersenyum kepadaku.
"YAH KIM NAMJOON!" aku menjerit kuat, memeluk jasad yang kosong tanpa nyawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Фанфик[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY