Hoseok POV
"hyung, kau kena tolong aku! byeol dan young shim hilang dari tempat yang kau bagitahu kat aku haritu!" aku hilang arah apabila mendapat tahu bahawa terdapat satu kemalangan jalan raya berdekatan dengan kediaman itu. di dalam tangan aku yang sedang menggigil, aku sedang memegang telefon bimbit yang menjadi penghubung di antara aku dan yoongi hyung.
"kau nak aku buat apa? cara diaorang? jimin dah mati bodoh! aku tak ada kepakaran macam dia!" tak semena-mena, yoongi menyumpah serenah ketidakwarasan au dalam berfikir.
aku tahu, aku panik dan tidak mampu untuk berfikir secara terus, tapi tiada cara lainkah untuk menegur?
"aku rasa tak perlu kot kau nak herdik herdik macam tu hyung" aku masih bersabar dengan mulut celupar yoongi. aku hanya mampu menahan suara aku dariapada mengherdiknya lantang atas sebab yang pertama, aku tidak mahu dia merajuk kerana aku masih memerlukan bantuannya untuk mencari keluargaku. kedua, dia lebih tua daripada aku. ketiga, kami sudah berkawan sekian lama dan aku tidak mahu persahabatan itu hancur hanya kerana ego aku.
"kau tahu tak? sekarang ni, orang yang dah bunuh jimin sedang cari aku? aku juga dapat tahu yang dia ada kaitan dengan orang bawahan bapak kau!" sekali lagi yoongi mengherdik. kali ini, aku dapat merasakan ketakutan yang dialami olehnya. aku tidak patut bertindak mementingkan diri sendiri. hyung sudah banyak membantu aku.
"kau memang sengaja telefon aku supaya dia boleh cari aku. aku nak kau tahu, kita bukan kawan lagi! jangan datang cari aku!" talian telefon diputuskan oleh yoongi hyung.
tangan diturunkan kebawah. aku sekarang berada di dalam dilema. bagaimana papa boleh tergamak melakukan kerja kotor seperti mengupah pembunuhan? dimana keluarga aku sekarang? kemana yoongi hyung mahu lari? china?
aku duduk di atas tangga kemudian mengusutkan rambut.
"ARGHHH!"

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY