Hoseok POV
"seok nak pergi mana?" soal mama apabila terlihat aku cuba keluar dari rumah.
"jumpa kawan" balas aku, pendek.
"asyik jumpa kawan je, sejak dua menjak ni"
"salah ke ma?" soal aku, mendekati mama yang duduk di atas sofa dan duduk di sebelahnya.
"salah tu tidak lah" mama memandang aku.
"Habis tu? Dari terperap dalam rumah ni 24 jam?" balas aku.
"Perli mamakah?" Mama menjungkitkan kening.
"Taklah" balas aku lalu tersenyum.
Selepas semua kejadian tangisan kepiluaan yang dah terjadi, akhirnya aku dan mama dah berbaik semula. Cuma, mama tetap tak dapat nak terima Young Shim sebagai menantu dunia akhirat dia.
Tapi apa aku kisah? Aku tahu mama boleh bertolak ansur dengan aku. Lagipun Young Shim kan baik? Hehe.
"Ni tak lambat ke?" Soal mama setelah beberapa minit senyap kerana asyik menonton skrin televisyen.
"Tak" balas aku pendek.
"Kalau macam tu, tolong mama kemas sikit?" Soal mama sambil tersengih.
"Takpelah" aku terus berdiri. "Seok pergi dulu" dan aku berlari keluar rumah, masuk di dalam perut kereta dan hidupkan enjinnya.
Mama pula kelihatan tercegat di hadapan pintu sambil melambaikan tangannya ke arah aku.
Aku membalas dengan flying kiss yang melebih-lebih.
Mama tergeleng melihat aksi aku yang mengada-ngada. Terus sahaja dia menyuruh aku pergi. Aku melambaikan tangan dan membelakangkan kereta sebelum memandu agak laju keluar dari perumahan indah ni.
+
aku memberhentikan kereta di hadapan apartmen yang agak sempit keluasannya. dalam hati ada juga tertanya-tanya kenapa seseorang yang berperangai seperti jimin, mesti duduk dekat tempat penuh habuk ni.
nak kata tak ada duit? memang jauh terpesong.
mata aku melilau ke sana ke mari mencari rumah orang yang nak tolong aku. suitcase yang dipenuhi wang aku genggam kemas.
"jung hoseok sshi?" satu suara memanggil, membuatkan aku tertoleh ke belakang.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY