53

33 9 2
                                    

Geum Byeol POV

"Jangan! Lepaskan dia byeol!" rintihan mama membuatkan tangan aku lemah dan lambat lambat aku melepaskan rambut lelaki durjana itu. Aku kurang pasti kenapa dia tidak melawan tetapi aku bersyukur dia tidak bertindak sedemikian.

Mama mendukung aku. Kelihatan dia sedang sibuk bergolek di atas lantai seperti kesakitan. Aku memandang tangannya. Alangkah indahnya permandangan melihat lelaki yang selalu menyakiti mama disakiti oleh aku. Aku perlu beritahu kepada papa secepat yang mungkin.

"byeol, kita kena pergi dari sini! Kita kena cari papa!" terus sahaja mama memijak tangan lelaki itu yang sememangnya menghalang laluan kaki mama lalu terus sahaja mama memakai kasut berwarna merah, hadiah daripada papa pada ulang tahun perkahwinan mereka tahun ini.

Kasut aku juga telah siap sedia disarung aku cepat berlari ke tempat di mana papa berada. Aku rindu papa sangat sangat. Walaupun aku sendiri tidak tahu arah tuju ke tempat papa.

Tak lama kami lari, kaki aku yang kecil sudah kebas. Aku mengaduh pada mama dan mama tanpa berlengah terus sahaja mendukung aku. Aku mendakap mama erat supaya aku tidak mudah terjatuh.

Namun apa yang mengganggu konsentrasi aku ialah bunyi bising yang datang dari arah kanan. Mata aku membulat dan mama terus sahaja melindungi aku dengan badannya sendiri.

Seterusnya, apa yang aku tahu, semuanya seperti berterbangan dan kepala aku terasa perit yang amat sangat.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now