96

32 10 0
                                    

Hoseok POV

Aku berjalan ke arah almari yang digamkan ke dinding itu. Susunan gambar aku dan Young Shim di dalam rak kaca itu membuatkan aku senyum hiba. Aku sudah mula untuk menerima pemergiannya.

Bekas kaca bercorak bunga berwarna biru yang mengandungi abu mayat Young Shim aku tatap lama. Gambar kami bersama semasa perayaan Krimas dimana aku baru sahaja mula mengambil berat tentangnya dipandang sekilas. Aku menunduk.

"Hai awak" kataku dan tiada sesiapa yang membalas.

"Awak tahu, anak awak yang seorang tu dah besar panjang" aku memulakan bicara. Jambakan bunga berwarna putih aku pegang erat.

"Saya harap awak sentiasa dapat memerhati kami dari atas sana" air mata diseka.

"Awak tahu?" Air mata mulai jatuh setitik demi setitik.

"Akhirnya, saya mampu untuk melepaskan awak" aku menunduk lagi.

"Saya dah baca surat wasiat awak"

"Kenapa awak tak bagitau saya awak ada kanser? Walaupun saya tahu saya akan lebih terseksa kalau awak mati cara begitu" aku tergelak sekejap. Aku mata diseka. Hingus disedut.

"Hah, kalau ini yang awak maksudkan sebagai menjaga Byeol, saya terima seadanya" aku tersenyum tetapi bibir aku tetap bergetar kerana menahan tangis.

"Saya tahu awak nak saya tabah dan teruskan kehidupan saya dan saya menghampakan awak banyak kali. Betul kata orang, mereka yang kaya itu semua sama. Mereka pentingkan diri sendiri. Saya terlampau pentingkan diri kerana dan banyak buat orang lain sedih. Saya minta maaf" aku menghela nafas panjang.

Aku melekatkan jambakkan bunga itu pada cermin. "Saya harap awak tenang disana. Andai kita mati hidup kembali, saya nak awak tahu bahawa saya sentiasa ada di sisi awak. Saya harap, kita akan kekal bahagia nanti" aku tersenyum dan meninggalkan tempat itu.

Keluar sahaja dari pusat penyimpanan abu mayat, aku memerhati seorang wanita yang setia menunggu aku. Sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Melihat sahaja kelibat aku, terus sahaja dia tersenyum. Aku membalas senyumannya kembali. Entah kenapa, hati aku terasa tenang. Angin yang membelai perlahan rambut panjang Soobin dan gaun pendek berwarna kuning serta bunga bunga kecil sebagai corak membuatkan aku terfikir betapa cantiknya dia. Dia menyelak rambut ke belakang telinga sebelah kanan sambil tangan kirinya memengang handbag berwarna royal blue.

Sungguh, aku terasa seperti terjumpa bidadari pula. Sedikit sebanyak mengubat juga rindu dihati.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now