Hoseok POV
"Lama kita tak bersua seok-ah" suara seokjin hyung daripada hujung talian membuatkan aku bersandar kemudian mengeluh.
"Kenapa ni? Kau marah kat aku ke? Hey, kan aku dah kata. Aku tak ada kena mengena dengan kes pembunuhan lelaki tu" aku hanya mengangguk mendengar kata-kata lelaki di hujung talian ini.
"Jangan defensive sangat hyung. Aku tak cakap sepatah pun lagi. Aku percayakan kau hyung. Aku tahu, kau pun rugi banyak sebab dia jadi aku tak rasa kau akan bertindak bodoh" aku berterus terang menyebabkan lelaki itu terkedu.
"Jadi, kenapa hyung call aku? Aku ingatkan hyung nak putuskan hubungan dengan aku sebab nak fokus pada syarikat" sengaja pula aku bercakap dengannya dengan nada sarkastik. Dia hanya mahu menjauhkan diri daripada aku kerana dia tidak mahu menjadi mangsa seterusnya.
"Aku ada berita baik untuk kau. Sangat baik. Masalahnya, kau kena datang sini dan aku tahu betapa ketatnya sekuriti yang menjaga kau. Tentang hal ini, papa kau langsung tak boleh tahu. Kalau tak, nyawa kau, keluarga kau, kawan-kawan kau, syarikat aku dan j corp juga dalam bahaya" aku berkerut.
"Kenapa sampai macam tu sekali ancaman benda tu hyung?" Seokjin hyung sudah memancing minat aku.
Aku berdiri daripada perbaringan aku di atas sofa di dalam bilik kerjaku dan berjalan ke arah tingkap. Langsir aku selak sedikit bagi menampakkan suasana di luar. Beberapa orang pengawal peribadi berkeliaran di mana-mana sahaja.
"Aku betul-betul tak boleh bagitahu engkau dalam talian. Kemungkinan besar mereka dah dengar segala perkara yang kita bualkan sekarang. Aku akan ada di tempat kita jumpa hari tu" seokjin hyung mematikan telefon.
Aku pula masih menunggu masa untuk bersedia menemui seokjin hyung.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY