Young Shim POV
"saya kurang faham jadi awak semua masuklah dulu. saya pergi hidangkan teh" terpinga-pinga aku masuk, membiarkan pintu terbuka.
jangan kata yang ini pasal kes semalam? brutal sungguh. aku mengintai mereka yang sedang melabuhkan punggung masing-masing di atas sofa di mana aku tertidur semalam. sudahlah aku belum sembur febreze. aku meneruskan pembuatan air di dalam teko dan menghidangkannya di hadapan mereka. kemudian aku berjalan kembali ke dapur untuk mengambil empat biji cawan.
"boleh saya tahu apa sebenarnya yang dah jadi?" soal aku sambil menuangkan teh di dalam cawan.
perempuan yang berpakaian segak tadi mengeluh. "semalam.." dia terhenti. aku meneguk air liur sendiri. sudah agak apa yang akan terjadi.
"semalam anak puan telah menumbuk muka anak client kami.." dia mahu bercakap lagi tapi aku potong. "kalau kes yang itu, saudari dan dua saudara ni, bolehlah letakkan kertas-kertas yang patut saya tenda tangan, lepas tu, boleh balik sekarang. saya pun nak telefon syarikat guaman yang lain untuk jadikan peguam bela masa kat mahkamah nanti" aku berterus terang.
"baiklah kalau macam tu" dia menjawab setelah mendiamkan diri agak lama. mereka bingkas bangun.
"eh, sebelum tu, jamahlah sikit air ni" aku tersenyum.
"oh, baiklah" mereka duduk kembali dan menghabiskan minuman dalam cawan masing-masing. aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka yang bagaikan tiada emosi itu.
seusai mereka habiskan, sekali lagi mereka bangun, kali ini berjaya melangkah ke arah pintu masuk rumah. "kami pulang dahulu" kata yang perempuan diikuti oleh dua orang lelaki tadi selepas mereka menunduk ke arah aku dan aku membalas tundukkan mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fiksi Penggemar[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY